Posted by : Jobseekers Selasa, 26 Februari 2013


Perodua di pasaran United Kingdom (UK) telah memperkenalkan sebuah model ‘Special Edition’ terbaru Myvi Xtra yang direka lebih bernilai untuk wang dengan menggabungkan beberapa pilihan popular yang pernah ditawarkan untuk Perodua Myvi.

Dengan harga lebih £100 berbanding model standard Myvi SXI, Myvi Xtra ditawarkan pada harga cukup berpatutan iaitu hanya £7,099. Pelanggan boleh membuat pilihan di antara warna Glittering Silver atau cat metalik Medallion Grey tanpa sebarang kos tambahan.

Namun apa yang paling menggembirakan bagi para pelanggan Perodua di UK ialah Perodua telah menawarkan kadar faedah pinjaman kewangan percuma untuk Myvi Xtra sehingga berakhirnya bulan Mac ini.











Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -