Posted by : Jobseekers Selasa, 26 Februari 2013




Dan ia pun bermula, percanggahan kenyataan yang memang perkara biasa dalam dunia artis Malaysia. Heh. Hari ini kita ada Rozita Che Wan & Zain Saidin yang mula berbeza kenyataan.

Hari ini, Rozita Che Wan menerusi Harian Metro berkata yang beliau dan kekasihnya Zain Saidin bakal melangsungkan perkahwinan pada Julai 2013 ini untuk menamatkan semua spekulasi.

Namun dalam satu kenyataan balas menerusi Media Hiburan, Zain Saidin mengakui beliau terkejut dengan kenyataan Rozita Che Wan tersebut tetapi tidak menafikan yang mereka akan berkahwin.

“Memang kami akan berkahwin tetapi bukan bulan Julai. InsyaAllah, seperti yang dirancang kami akan bernikah pada hujung tahun ini. Saya sendiri pun terkejut kenapa Julai dikatakan sebagai bulan perkahwinan kami”

“Buat masa sekarang belum ada sebarang persiapan lagi kerana semua akan dibuat selepas raya nanti. Secara rasmi juga, saya belum lagi masuk merisik cuma kami sudah pernah berjumpa keluarga masing masing. Ini kerana perbincangan baru dilakukan antara kami berdua sahaja.”

Kredit: Rotikaya

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -