Posted by : Jobseekers Khamis, 21 Februari 2013






Semangat anak muda perlu disalurkan pada perkara yang betul dan beri kesan baik pada masa depan. Cabaran menjadi usahawan muda dikongsi seorang peniaga wanita muda dengan SHUHADA MANSOR.

Menjadi usahawan pada usia muda bukanlah kerjaya mudah. Perlu ada semangat kental, tahan hadapi cabaran selain didorong pembimbing untuk terus kekal dalam laluan ini.
Bagi Ruzliyati Ramli, 26, atau selesa dipanggil Yati, memilih untuk bekerja sendiri tanpa terikat dengan syarikat memang menjadi matlamatnya sejak di bangku sekolah. Meletakkan ibunya di tahap tertinggi sebagai idola dalam menguruskan kehidupan dan perniagaan, dia tekad meneruskan minat dalam urus niaga.


“Sudah dua tahun saya buka kedai pakaian dan aksesori di Uptown Kota Damansara, Alhamdulillah, perniagaan makin berkembang.


“Orang selalu tanya bagaimana nak ‘kekal’ bisnes yang ada pasang surut, pada saya, kalau kita kenal kelompok pelanggan, tahu nak ‘pegang’ mereka, mesti ada jalannya,” katanya.


Katanya, memang ramai orang jual pakaian terutama pakaian wanita, peniaga kena tahu trend semasa dan letakkan harga berpatutan untuk tarik pembeli.

“Mana-mana perniagaan pun akan ada persaingan tapi anggap saja itu cabaran untuk majukan diri,” katanya.


Setakat ini katanya, dia melakukan dua kerja dalam satu masa. Membantu ibunya selaku kontraktor dengan menjadi penyelia tapak pada siang hari dan rutin diteruskan dengan berniaga di Uptown pada sebelah malam.

“Bukan nak cakap susah untuk kerja dalam kumpulan tapi saya lebih selesa buat bisnes sendiri sebab memang minat sejak kecil.

“Lagi pula adik beradik lain memang urus bisnes sendiri. Abang buka bengkel dan kakak pula buka kedai pastri, jadi saya jadikan mereka pembimbing dan pendorong dalam bisnes ini,” katanya.

Sepanjang dua tahun berniaga, Yati berkata, antara cabaran dihadapi apabila wang hasil jualan produk hanya cukup untuk tampung modal hingga terpaksa fikir cara lain untuk bayar sewa dan beli stok baru.


Namun katanya, lepas tahu teknik dan cara tarik pelanggan, bisnes bertambah baik.

“Kalau orang selesa dengan servis kita, mesti akan ada pelanggan tetap. Ada ketika, kalau buka lewat, atau saya suruh orang lain tolong bukakan kedai, pelanggan setia sanggup tunggu untuk berurusan dengan saya sendiri. Itu antara faktor yang menjadi kekuatan saya untuk terus bertahan dalam bidang ini.

“Untuk anak muda yang minat berniaga, jangan takut mencuba. Kita takkan tahu sesuatu dan pelajari sesuatu kalau tak pernah mencubanya sendiri,” katanya.

Kredit:Metro


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -