Posted by : Jobseekers Khamis, 21 Februari 2013


Model terbaru SEAT Leon SC (Sports Coupe) akan membuat kemunculan rasmi di Geneva Motor Show 2013 tidak lama lagi, namun sebelum itu anda sudah boleh menyaksikan foto-foto studio menarik model berkenaan dalam galeri di bawah.

Model hatchback tiga pintu Leon SC terbaru ini dilancarkan dengan beberapa siri enjin TDI dan TSI yang berkuasa, yang mana kesemuanya dilengkapi sistem suntikan terus dengan pengecas turbo, selain dilengkapi pelbagai teknologi terkini yang canggih.


Enjin 1.6 TDI yang dilengkapi sistem Start/Stop dan Energy Recovery pada Leon SC antara yang paling menjimatkan dengan ukuran penggunaan bahan api pada kadar 74.3mpg, di samping emisi CO2 yang dilepaskan serendah 99g/km. Enjin 2.0 TDI pula cukup berkuasa pada angka 150PS dan 320Nm, namun mampu mencapai perjalanan sejauh 110km menggunakan segelen bahan api, dengan emisi hanya 106g/km.


Bagi penjana kuasa petrol, Leon SC menawarkan enjin 1.2 TSI 105PS dengan gabungan tahap ekonomi 57.6mpg yang begitu menjimatkan. Seterusnya enjin 1.4 TSI yang menjana kuasa 140PS dan tork maksimum 250Nm, bersama-sama ciri standard Start/Stop dan Energy Recovery, ia mampu mencapai tahap gabungan sehingga 54.3mpg, bersamaan emisi hanya 119g/km.


SEAT Leon SC yang hadir dengan reka bentuk cukup bergaya dan dinamik ini turut dilengkapi enjin petrol paling berkuasa 1.8 TSI yang menghasilkan kuasa setinggi 180PS dan tork 250Nm. Bergantung kepada varian enjin, kuasa yang terhasil dikawal sama ada oleh kotak gear manual lima atau enam kelajuan, atau transmisi DSG dwi-klac automatik yang ringan dan kompak.

Sama seperti model lima pintu Leon, model Leon SC terbaru ini turut ditawarkan mengikut spesifikasi S, SE dan FR untuk pasaran United Kingdom (UK). Saksikan foto-foto menarik SEAT Leon SC dalam galeri yang disediakan di bawah.

Gambar:







Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -