Posted by : Jobseekers Isnin, 25 Februari 2013


Honda CR-Z baharu versi dipertingkatkan pada mulanya dipertontonkan kepada umum di Pameran Permotoran Antarabangsa Indonesia 2012 yang lalu dalam bulan September, sebelum membuat kemunculan rasmi di Paris Motor Show 2012 dalam bulan yang sama.

Akhirnya dua hari yang lepas Honda Malaysia secara rasminya melancarkan model tersebut untuk pasaran Malaysia, didatangkan dengan beberapa perubahan luaran dan dalaman yang kini tampil lebih sporty dan menawan. Antaranya ialah kehadiran lampu HID baharu, gril hadapan dan bampar baharu, lampu nyala siang hari yang dipertingkatkan, hiasan kanta ‘Blue Clearcoat’ pada lampu LED belakang dan ‘diffuser’ belakang baharu.


Bahagian interior pula memperlihatkan kehadiran tempat duduk separuh kulit dengan jahitan benang merah, termasuk jahitan yang sama pada roda stereng dan tombol gear, serta penggunaan skim warna hitam dan merah untuk menyerlahkan lagi suasana lebih sporty di bahagian ruangan kabin.


Honda CR-Z baharu versi dipertingkatkan ini masih mengekalkan tiga mod pemanduan seperti versi sebelumnya, namun ia kini menawarkan pengalaman pemanduan lebih bertenaga melalui penggunaan bateri Lithium-Ion dan motor eletrik baharu, serta sistem transmisi yang dipertingkatkan. Model berkenaan yang kini turut menawarkan ciri baharu ‘Plus Sport’ mampu menghasilkan kuasa dan prestasi lebih tinggi dari enjin 1.5L i-VTEC yang digunakan.


Dua varian transmisi ditawarkan untuk CR-Z versi dipertingkatkan ini sama ada manual enam kelajuan atau automatik CVT, memberikan pelanggan lebih pilihan untuk memandu kereta hibrid berprestasi ini mengikut gaya dan minat masing-masing. Empat warna luaran menarik turut boleh didapati, di mana salah satunya ialah warna ungu (Premium Northern Lights Violet Pearl) yang anda boleh lihat di dalam galeri yang disediakan di bawah.

Untuk pasaran Malaysia, Honda CR-Z baharu versi dipertingkatkan ini ditawarkan pada harga RM119,000.00 (On-The-Road Price with Insurance) untuk versi manual, manakala versi automatik CVT berharga RM123,000.00 (On-The-Road Price with Insurance). Aspek jaminan pula ditawarkan selama lima tahun tanpa had jarak perbatuan termasuk untuk bateri IMA.

Gambar:-










Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -