Posted by : Jobseekers Jumaat, 8 Februari 2013


Menurut maklumat dari Ford, kereta kompak Ford Fiesta merupakan kereta terlaris dalam segmennya di pasaran Eropah pada tahun 2012 yang lalu. Secara puratanya, setiap unit model berkenaan terjual bagi setiap tempoh dua minit, berdasarkan data perisikan automotif yang dibekalkan oleh JATO Dynamics.

Pada tahun lepas, Ford telah menjual sebanyak 953,174 unit kenderaan di 30 buah pasaran negara-negara Eropah yang dipantau oleh Jato, termasuk 306,405 unit Fiesta. Ford baru-baru ini mengumumkan sejumlah 1.4 juta kenderaan Ford telah terjual di 51 buah pasaran negara-negara Eropah pada tahun 2012 di mana ia beroperasi.

Bagi pasaran UK, Ford menjual sebanyak 109,250 unit model Fiesta pada tahun lepas, mengesahkan kedudukannya sebagai kereta paling popular bagi rakyat di negara itu setiap tahun sejak 2009. Ini menjadikan UK sebagai pasaran paling berjaya untuk model Fiesta bagi tahun 2012, berdasarkan maklumat pendaftaran yang dikeluarkan oleh Ford.


Ford telah menjual lebih daripada 15 juta unit Fiesta di seluruh dunia sejak model pertama diperkenalkan pada tahun 1976. Fiesta kini menjadi model kompak terlaris di pasaran Eropah bagi tempoh tiga tahun sejak empat tahun yang lepas. Pada waktu itu, lebih daripada 1.7 juta unit Fiesta telah terjual di Eropah dan 2.1 juta unit di pasaran global. Merentasi Eropah, Frozen White terbukti menjadi warna paling popular di kalangan pelanggan Fiesta.

Ketika ini Ford telah melancarkan model baharu Fiesta di Eropah, model yang menerima perubahan rekaan di bahagian luaran dan dalaman, di samping menawarkan enjin petrol 1.0 liter EcoBoost yang menerima anugerah “2012 International Engine of the Year”.

Menurut data dari Ford, versi Teknologi ECOnetic yang dikuasakan enjin diesel 1.6 liter Duratorq TDCi mencapai paras emisi CO2  serendah 87 g/km. Antara ciri-ciri yang dibekalkan untuk model baharu Fiesta termasuklah teknologi MyKey, Ford SYNC, SYNC Emergency Assistance dan Active City Stop.




Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -