Air Mata Nabi Adam A.S Adalah Air Yang Paling Lazat
Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.
Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."
Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.
Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud,
"Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."
Wallahualam..
Islam Itu Suci
Bola Olimpik: Sepanyol Tersingkir Awal
Impian Sepanyol untuk menambah pingat emas bola sepak Sukan Olimpik 2012 sebagai pelengkap kejuaraan Piala Dunia 2010 dan Euro 2012 tidak kesampaian apabila mereka tewas 0-1 kepada Honduras pada aksi kedua kumpulan, awal pagi tadi.
Jaringan tunggal Jerry Bengtson pada minit ketujuh aksi di St James’ Park itu menyaksikan Sepanyol tersingkir untuk perebutan tempat ke suku akhir selepas turut tewas kepada Jepun pada aksi sulung Kumpulan D sebelum ini.
Jepun mara ke suku akhir selepas menewaskan Maghribi 1-0.
“Apa yang kurangnya kami pada perlawanan ini ialah untuk menjaringkan gol. Saya tak mahu kata banyak tetapi kami sepatutnya dianugerahkan satu sepakan penalti,” kata jurulatih Sepanyol, Luis Milla.
Brazil turut mengesahkan slot ke suku akhir selepas bangkit daripada ketinggalan menewaskan Belarus 3-1 dengan Neymar tampil dengan aksi penuh bergaya di Old Trafford menerusi satu gol. Dua lagi dijaringkan Pato dan Oscar.
Tuan rumah, Great Britain pula meraih kemenangan sulung sejak Sukan Olimpik 1960 apabila menewaskan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 3-1 di Wembley selepas sekadar seri 1-1 dengan Senegal pada aksi sulung.
Ryan Giggs, 38, menjaringkan gol pertama untuk muncul penjaring gol tertua Olimpik sebelum dua lagi jaringan Great Britain terhasil menerusi Scott Sinclair dan Daniel Sturridge. – mynewshub.my
Adinda Sultan Selangor Mangkat
SHAH ALAM — Tengku Putri Aishah, adinda bongsu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, mangkat di Hospital Pantai Kuala Lumpur di sini, awal hari ini.
Ayahanda Saudara Sultan Selangor, Tengku Seri Wangsa Diraja Tengku Datuk Ramli Tengku Shahruddin Shah memaklumkan Almarhum mangkat pada 12.15 malam akibat barah.
Jenazah Tengku Putri Aishah dimakamkan di Makam Diraja Shah Alam di sini kira-kira 12.45 tengah hari setelah disembahyangkan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.
Talkin dibacakan oleh Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar.
Tengku Putri Aishah, 56, menghembuskan nafas terakhir di sisi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama anggota keluarga yang lain.
Sultan Selangor turut berangkat memberi penghormatan terakhir kepada jenazah almarhum.
Turut memberikan penghormatan terakhir ialah Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Orang Besar Istana dan kerabat diraja yang lain.
Turut hadir Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, barisan exco dan Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid. — BERNAMA
Ketua Polis Selangor Sahkan Syaleza Mati Dijerut
SHAH ALAM – Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.
Beliau berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar, 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.
“Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu,” katanya pada sidang media di sini.
Beliau berkata susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Suspek akan direman petang ini.
Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.
Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya, Norazman Bashah pada kira-kira 7 malam.
Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya.
Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh suami mangsa dan Syaleza disahkan meninggal dunia ketika ditemui polis.
Syazleza adalah anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. – BERNAMA
Foto: Kosmo Online
Honda lancar Jazz Hybrid di pasaran Thailand
Beberapa hari yang lepas Honda Automobile (Thailand) Co., Ltd. telah mengumumkan pelancaran rasmi model Jazz Hibrid di pasaran Thailand. Model tersebut sebelum ini telah dilancarkan di pasaran Malaysia pada harga RM94,800.00 (OTR dengan insuran), namun untuk pasaran Thailand harga yang ditawarkan sebanyak 768,000 Baht, bersamaan RM76,669.44.
Di bawah berikut merupakan petikan daripada siaran akhbar yang diterbitkan oleh Honda;
BANGKOK, Thailand, July 26, 2012 – Honda Automobile (Thailand) Co., Ltd. has announced the official launch of the new Jazz Hybrid, Thailand’s first Integrated Motor Assist (IMA) hybrid automobile in the sub-compact market segment. This innovative new model is ideal for Thai people who want to live modern and environmentally-positive lifestyles.
Designed under the “advanced and clean concept”, the new Jazz Hybrid has a sleek acrylic and plated grille, a new headlight and taillight design with blue clear lenses and plating, and a comprehensive range of interior features.
The new Honda Jazz Hybrid also comes with intelligent Eco Assist technology designed to help the driver maintain a fuel-efficient driving style, plus a display system that encourages optimum fuel-saving performance for all driving styles.
The new Honda Jazz Hybrid is available in four colors including Brilliant White, Alabaster Silver, Fresh Lime Green and Cerulean Blue, complemented by black and dark blue interior colors.
The new Honda Jazz Hybrid delivers fun-to-drive performance with the carefully-matched combination of the 1.3 liter I-VTEC engine that generates up to 88 horsepower (at 5,800 rpm, with 121 N-m of torque at 4,500 rpm) and the IMA electric motor that produces 14 horsepower (at 1,500 rpm, with 78 N-m of torque at 1,000 rpm).
The engine provides most of the propulsion, with supplementary energy from the electric motor enhancing start-off performance and the demands of acceleration and overtaking. When driving speed is low and steady, the engine stops and the vehicle moves to EV mode, powered solely by the electric motor. There are no CO2 emissions while in EV mode.
During braking, the engine stops as braking energy is dynamically converted into electric power, then stored in the hybrid battery for future use. When the vehicle is stationary, the engine and electric motor automatically switch to standby in idling stop to reduce fuel consumption.
The Honda Jazz Hybrid’s IMA technology delivers fuel consumption of 21.3 kilometers per liter (or 4.7 liter/100 kilometer) and reduces CO2 emissions to 110 grams per kilometer, according to Honda’s internal tests.
KURATAS : Gundam Sebenar! (16 Gambar)
Rakan-rakan sekalian bergembiralah. Hari yang dinantikan semua peminat Gundam. Macross, Evangelion dan PatLabor kini menjadi realiti. Sebuah robot yang boleh dipandu manusia sudah dihasilkan. Impian kita menjadi jurupandu robot semasa berumur 8 tahun dahulu kini boleh menjadi realiti asalkan anda mampu membayar USD 900 000 untuk sebuah Kuratas. Kuratas ialah nama robot empat tayar yang dihasilkan oleh Suidobashi Heavy Industry yang berpengkalan di Tokyo. Ianya direka oleh Wataru Yoshizaki dan Kogoro Kurata dan robot ini boleh dipandu secara manual dari kokpit atau menggunakan sebuah iPhone secara tambatan 3G. Wataru Yoshizaki dan Kogoro Kurata sudah membina Kuratas sejak tahun 2010 lagi dan dipertontonkan kepada orang ramai ketika Wondercon semalam.Robot ini mempunyai ketinggian 4 meter , lebar 3 meter dan berat 4500 kilogram! Sangat awesome. Now all we need is Aliens to test Kuratas weapon system!
Analisis Olimpik London, Dajjal Laknatullah & Para Wazirnya Telah Berada Di London
Ritual Mesir Masonic?
Telah dikhabarkan bahawa Dajjal laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olimpik 2012.
Telah dikhabarkan bahawa Dajjal laknatullah dan para wazirnya telah berada di London untuk acara gilang gemilang Olympic 2012. Mereka telah lama membuat persiapan untuk acara ini sejak dahulu lagi kerana melalui acara sukan antarabangsa inilah, mereka dengan mudahnya mengumpulkan penduduk seluruh dunia bagi menjayakan agenda mereka untuk menyihir seluruh dunia.
Bandar London telah dipilih kerana London merupakan pusat segala agenda jahat mereka dalam merosakkan dunia selama ini, manakala tahun 2012 pula adalah tahun yang sangat signifikan bagi mereka. Ia adalah tahun yang mana Dajjal laknatullah telah bebas daripada rantai yang mengikatnya selama ini.
2012 juga mempunyai maksud tersirat yang tersendiri. Kita tahu bahawa puak Illuminati, salah satu cabang pasukan Dajjal laknatullah sentiasa mempunyai kod-kod rahsia tersendiri bagi menjalankan agenda mereka. Kita tahu bahawa tulisan Arab dan Ibrani (Hebrew/ tulisan yahudi) ditulis dari sebelah kanan ke kiri.
Jika 2012 itu diubah kepada huruf dan dibaca dari kanan ke kiri ia akan kelihatan seperti ZIOZ. Di dalam kod ini, huruf Z yang terakhir boleh diputar melawan arah jam menjadi huruf N. Dengan ini terbongkarlah dalang di sebalik Olimpik London 2012 atau Olimpik London ZION.
2012 = ZOIZ = ZIOZ =ZION
Zion sebagaimana yang kita tahu adalah sebuah bukit di Jerusalem, yang diidamkan oleh Yahudi untuk membina Haikal Sulaiman bagi membina tapak kezahiran Dajjal laknatullah atau Mosyaikh mereka ke dunia bagi menguasai dunia.
Bermula 27 Julai 2012 iaitu pada hari Jumaat ini, apabila api Majusi Olimpik London 2012 dinyalakan, maka Dajjal laknatullah beserta para wazirnya akan menyebarkan sihir berat ke seluruh penduduk dunia, lebih-lebih lagi yang melihatnya secara langsung di London , atau pun yang menontonnya melalui televisyen dan internet tidak akan terlepas daripada sihir-sihirnya. Dan sesiapa yang terkena sihirnya, hampir mustahil tidak akan menjadi pengikutnya ketika kezahirannya kelak.
Bagi pendokong perjuangan Islam akhir zaman dan pejuang Kebenaran dan pengikut Imam Mahdi dan Fata At Tamimi, bersiap sedialah untuk serangan berterusan sihir berat ini ke atas anda.
Pagarlah diri anda dengan kaedah masing-masing. Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua dengan berkat bulan Ramadhan ini.
sumber: End Justice
Waallahukhlam…
Eksekutif Wanita TV9 Ditemui Mati
Dilaporkan Syaleza Jaffar, 31, seorang pegawai eksekutif di TV9 ditemui mati di dalam sebuah bilik oleh suaminya, Norazman Bashah, di Apartmen Saujana, Damansara Damai pada kira-kira jam 7 malam.
Antara cacatan terakhir yang ditemui didalam Bllackberry milik mangsa adalah “Sabar duhai hati”.
Kejadian tersebut disedari setelah suaminya terdengar bunyi dentuman kuat didalam bilik, lalu bertindak memecahkan pintu bilik selepas beberapa panggilannya tidak di jawab mangsa.
Mangsa dipercayai merajuk dan menguncikan diri didalam bilik berkenaan, sehinggalah terjadinya kejadian tersebut. Dalam kejadian yang turut didengari jiran sebelah, dipercayai pasangan tersebut telah bertengkar.
Pasangan berkenaan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun dan menyewa di situ sejak tiga bulan lalu. Suami mangsa dipercayai bekerja di sebuah syarikat petroleum di ibu kota.
Peringkat awal kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun siasatan tetap diteruskan sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak – Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed. – Digg
Manchester City Atasi Harimau Malaya 3-1
Penyerang Manchester City, Carlos Tevez (tengah) cuba melepasi kawalan Azmi Muslim (kiri) ketika aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Selepas ditewaskan oleh Arsenal minggu lalu, malam ini Manchester City pula mengatasi skuad negara Harimau Malaya 3-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.
Pasukan pelawat menjaringkan gol pada minit ke-17, 48 dan 52 manakala Harimau Malaya pula pada minit ke-87.
Separuh Masa: Manchester City 1-0
Penjaring:
Manchester City: Sergio Aguero (minit ke-17), Carlos Tevez (48), Adam Johnson (52).
Malaysia: Azamuddin Mohd Akil (87).
Senarai Pemain:
MALAYSIA:
Mohd Farizal Marlias, (Khairul Fahmi Che Mat), S.Subramaniam (Mohd Faizal Muhammad) , Mohd Bunyamin Umar, Mohamad Adil Zafuan Abdul Razak, Mohamad Azmi Muslim (Mahalli Jasuli), Safiq Rahim (kapten) (Mohd Khyril Muhymeen), Gary Steven Robbat, S.Kunalan (Amiridzwan Taj Tajudin) , Baddrol Bakhtiar (Azamuddin Mohd Akil), Norsharul Idlan Talaha (Ahmad Shakir Mohd Ali), Mohd Safee Mohd Sali (Mohd Shakir Shaari).
MANCHESTER CITY:
Costel Pantilimon, (Eirik Johansen), Pablo Zabaleta, Aleksandar Kolarov, Stefan Savic, Kolo Toure (Filippo Mancini),Denis Suarez, Dedryck Boyata, Adam Johnson, Yaya Toure (kapten) (Luca Scapuzzi), Abdul Razak Karim (George Evas), Carlos Tevez, Sergio Aguero (Marcos Lopes).
Pengadil: Mohd Amirul Izwan Yaacob.
Aizat Sambung Belajar 2 Bulan Di London
KUALA LUMPUR – Penyanyi lelaki yang popular dengan lagu ‘Pergi’, Muhammad Aizat Amdan, 23, bakal mengambil kursus jangka pendek dalam bidang muzik di London selepas Hari Raya Aidilfitri bulan depan.
Aizat yang akan menyambung pengajiannya selama dua bulan di sana bertujuan untuk memantapkan pengetahuannya dalam bidang muzik.
Selain itu, keinginannya untuk menyambung pelajaran adalah untuk belajar dengan lebih mendalam mengendalikan peralatan moden dan canggih di studionya.
“Saya sudah lama merancang untuk menyambung pengajian ini.
“Saya juga memilih sekolah muzik di sana kerana ia menyediakan pengajian berhubung teknik muzik elektronik dan pensyarahnya juga terdiri daripada golonga muzik profesional,” kata Aizat yang dipetik dari akhbar Berita Harian, hari ini.
Seperti kebanyakan artis yang mengambil peluang untuk berehat di bulan Ramadhan, Aizat juga mengambil pendekatan untuk tidak banyak menerima tawaran menyanyi di bulan suci ini.
Dia lebih gemar menghabiskan masanya di studio miliknya di Ampang.
Justeru itu, masa yang dihabiskan di studionya banyak digunakan untuk mengumpul bahan-bahan dalam proses pembikinan album Inggerisnya hasil karyanya sendiri nanti.
Walaupun sudah memberitahu dia akan memberikan buah tangan baru kepada peminat-paminatnya, Aizat masih lagi merahsiakan judul album Inggeris itu.
“Sekarang ini saya giat menyiapkan rakaman untuk album ini. Kalau boleh, saya nak siapkan dalam tempoh sebulan ini juga. Kalau tak siap sepenuhnya pun, mungkin saya akan hasilkan sebahagiannya di sana nanti.
“Insya-Allah album ini akan berada di pasaran pada hujung tahun ini. Setakat ini, saya masih lagi mengumpul material terbaik dan kali ini, saya betul-betul membawa haluan sendiri dalam penghasilannya,” katanya.
Serius Cool - Pusat Sukan Air Universiti Korea Utara (9 Gambar)
Korea Utara ialah negara yang kerap kita kaitkan dengan kesengsaraan dan kesedihan. Jarang sekali kita dapat melihat wajah warga Korea Darul Kim Jong Un ini tersenyum. Hari ini mari kita lihat keadaan didalam kompleks sukan air Universiti Kim Il Sung yang terletak di Pyongyang. Universiti ini hanya mengambil pelajar terbaik Korea Utara dari keluarga golongan elit. Selari dengan itu kemudahan didalamnya juga semestinya lebih elit dari yang digunakan golongan bukan elit. Menarik juga universiti ini. Di Malaysia jarang ada universiti yang mempunyai kompleks sukan air yang semenggah. Di Universiti Petronas dahulupun kolam renangnya kurang terjaga. Diharap UTP akan membina mini Tambun Lost World di Tronoh untuk student UTP. Barilah well rounded!
Bayi Wajah Ganjil Dilahirkan Di Nigeria
Ibu itu yang sudah mempunyai dua anak, hamil selama 13 bulan sebelum dia melahirkan anak istimewa tersebut di sebuah hospital di sini menerusi pembedahan pada pukul 2.15 petang pada Khamis lalu.
Kelahiran bayi itu mencetuskan kekecohan di hospital berkenaan kerana beberapa pegawai perubatan membincangkan keganjilan bayi berkenaan.Akhbar Vanguard mendapat maklumat bahawa suami wanita tersebut bersetuju supaya pengebumian dilakukan terhadap bayi ganjil itu dengan segera.
Satu sumber memberitahu akhbar tersebut bahawa bayi ganjil itu mempunyai dua mata yang membonjol dan beberapa helai rambut di dahinya. Bayi itu tidak mempunyai otak. Satu lagi sumber menyatakan bahawa bayi itu terlalu kecil semasa dilahirkan.
Burung Kakak Tua
Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua
burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi hanya
diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata
kepada si penjual burung.
Pembeli : Berapa harga burung kakak tua ini...??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam
itu RM1000.
Pembeli: Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa... memang berbeza, yang berharaga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.
Mamak oh Mamak
Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.
Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak: Saya bini juga surat India mari.
Ali: Apa dia cakap? Tentu good news....
Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby!
Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!
Ali: Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?
Mamak: Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.
Ali: ?????????????
Suami yang Miskin
Seorang isteri marah pada suaminya untuk kesekian kalinya.
Isteri: "Mengapa kamu tidak memberitahu saya terlebih dahulu yang kamu miskin hah!"
Suami: "Saya sudah beritahu kamu, kamu hanya mengangguk dan tidak mahu memahami."
Isteri: "Apa yang kamu katakan?"
Suami: "Saya beritahu kamu, cuma kamulah satu-satunya milikku di dunia ini..."
Isteri: "#$*@#!?"
Model baharu Lexus LS akan diperkenalkan secara rasmi esok
Lexus akan memperkenalkan model baharu sedan ‘flagship’ LS pada keesokan hari di San Francisco, USA. Lexus LS 2013 tersedia dalam varian LS 460, LS 460 L (long wheelbase), LS 600h L hybrid dan varian terbaharu LS 460 F SPORT.
Menampilkan jeriji depan yang digelar ‘Spindle Grille’ sama seperti model GS dan RX baharu, gambar di atas merupakan salah satu ‘teaser’ yang dikeluarkan oleh Lexus menjelang pelancaran rasminya. Nantikan kemunculan model baharu Lexus LS 2013 esok.
Kia Forte 2013 @ Kia K3 menunjukkan rupa sebenar
Menurut pengeluarnya Kia Motors, ia dijadualkan berada di beberapa pasaran luar negara mulai suku pertama 2013, di mana salah satu pasarannya yang dijangka tersenarai ialah Malaysia.




.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)





.jpg)

.jpg)






















