Penjenayah berbahaya Lolos Angkara Serbuk Lada
BUTTERWORTH - Sembilan orang kena tahan (OKT) berbahaya yang dalam perjalanan ke Kompleks Mahkamah Butterworth di sini dengan menaiki sebuah van untuk proses pertuduhan dan perintah reman bertindak nekad membelasah empat anggota polis pengiring hingga menyebabkan mereka berjaya meloloskan diri semalam.
Kejadian pukul 9.30 pagi di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) berhampiran Bagan Ajam iaitu kira-kira dua kilometer dari kompleks itu mengakibatkan seorang anggota polis dikenali sebagai Nazzwan cedera parah di kepala.
Dua lagi yang dikenali sebagai Sharifuddin dan Mahendren pula cedera ringan di kepala dan beberapa bahagian badan manakala seorang lagi turut cedera di bahagian sama.
Mereka merupakan anggota polis dari unit pengiring Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara.
Kesemua OKT merupakan penjenayah berbahaya kerana terlibat dalam jenayah berat seperti bunuh, rompakan berkumpulan dan mendatangkan cedera dengan senjata tajam. Ketika kejadian, kesemua tangan mereka digari.
Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, sebelum kejadian, keempat-empat anggota itu telah mengambil kesemua OKT terbabit dari Penjara Pulau Pinang untuk dibawa ke kompleks berkenaan bagi proses pertuduhan dan reman kes masing-masing.
Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, beberapa OKT berpura-pura bergaduh sesama sendiri menyebabkan pemandu van terpaksa memberhentikan kenderaan itu untuk meleraikannya.
Lima suspek perogol dihadapkan ke mahkamah
NEW DELHI - Lima lelaki yang dituduh merogol dan membunuh seorang pelajar perubatan berusia 23 tahun di dalam sebuah bas secara bergilir-gilir pada 16 Disember tahun lalu dihadapkan ke mahkamah majistret di selatan Delhi semalam.
Semua mereka dituduh melakukan kesalahan itu ketika mangsa dalam perjalanan pulang selepas menonton filem di New Delhi bersama teman lelakinya.
Mangsa yang merupakan pelajar bidang fisioterapi disahkan meninggal dunia pada 29 Disember lalu selepas mendapat rawatan di sebuah hospital di Singapura.
Lima lelaki yang didakwa itu ialah pemandu bas tersebut, Ram Singh dan adiknya, Mukesh Singh.
Penjaja buah-buahan, Pawan Gupta dan seorang pencuci bas, Akshay Singh serta pengajar kecergasan, Vinay Sharma turut didakwa melakukan perbuatan itu.
Perbicaraan kelima-lima suspek yang berumur 19 hingga 35 tahun itu terpaksa diadakan secara tertutup ekoran orang ramai membuat bising.
Majistret Namrita Aggarwal memutuskan supaya orang ramai dan media tidak dibenarkan masuk sepanjang perbicaraan berlangsung.
Aggarwal berkata, pendengaran seterusnya akan diadakan pada 10 Januari ini.
Seorang pegawai polis berkata, semua tertuduh memakai penutup muka ketika memasuki mahkamah.
Menurut seorang pendakwa raya, Rajiv Mohan, seorang peguam akan membela mereka.
Kebanyakan peguam dikatakan tidak sanggup untuk mewakili mereka kerana kekejaman yang dilakukan oleh para suspek itu.
Jika sabit kesalahan, mereka akan dikenakan hukuman mati.
Seorang lagi suspek berumur 17 tahun akan dibicarakan di sebuah mahkamah juvenil kerana usianya di bawah umur.
P/s:Moga pengadilan dapat dilakukan semolek-moleknya
Kredit : Kosmo
Messi wins FIFA Player of the Year
Lionel Messi won the FIFA Ballon d'Or award on Monday as an expected and deserved reward for his astonishing 91-goal year for Barcelona and Argentina in 2012.
Aged just 25, Messi has now been voted the world's best player for an unprecedented fourth straight year as the outstanding talent of his generation.
Messi beat his great rival Cristiano Ronaldo of Spanish champion Real Madrid and Barcelona teammate Andres Iniesta, who starred as Spain won the 2012 European Championship.
''To tell the truth, this is really unbelievable to get the fourth award. I am so nervous,'' a typically low-key Messi said in Spanish, though he wore a black tuxedo jacket with a white-spotted pattern in an unexpectedly flamboyant touch.
Messi's fourth award lifted him above three-time FIFA winners Zinedine Zidane of France and Brazil's Ronaldo. The old Ballon d'Or trophy for players in Europe was won three times by France great Michel Platini, and Netherlands forwards Johan Cruyff and Marco van Basten.
Messi received 41.60 percent of the points in votes cast by national team coaches and captains plus invited journalists, who gave their top-three lists from an original slate of 23 players.
Ronaldo got 23.68 percent and Iniesta scored 10.91 percent.
''Whether I win or not it doesn't matter, it's a privilege to be here,'' Ronaldo, the 2008 winner, said earlier when sharing a news conference platform with Messi.
Messi led a dominating night for Spanish teams and the United States women's Olympic champions at FIFA's annual celebration of world football.
Vicente del Bosque won the coaching award for guiding Spain to its third straight major tournament victory at Euro 2012.
Abby Wambach, who scored five goals at the London Games, was named the best women's player, edging teammate Alex Morgan to become the first American winner since Mia Hamm got the 2002 award.
Pia Sundhage, who also led the U.S. team to gold at the 2008 Beijing Olympics, won the coaching award for women's football, beating two male candidates.
Barcelona players have now won 10 times in the 22 years that FIFA has awarded a world's-best prize. In 2010, the FIFA world player honor merged with the Ballon d'Or prize awarded to Europe-based players since 1956 by `France Football' magazine.
Messi's goal-scoring record shone in a relatively disappointing year by the high standards of the Catalan club which won just one trophy, the Spanish Cup, in 2012.
Madrid, sparked by Ronaldo's 46 league goals, took back the La Liga title and Barcelona went down to a shock defeat in the Champions League semifinals to eventual winner Chelsea.
Still, Messi defied critics who believe his standards drop for Argentina by scoring 12 goals for the national team in 2012, including five at a goal-a-game rate in 2014 World Cup qualifiers to ensure it leads the South American qualifying group.
Messi's goals also helped give Barcelona, under new coach Tito Vilanova, a runaway lead in the Spanish league this season thanks to a record start of 17 wins and one draw.
Wambach's goals at the Olympics earned her the FIFA prize at the age of 32. She placed third last year.
Kredit : FIFA
Jaafar Onn mencari calon isteri
KUALA LUMPUR 6 Jan - Dianggap sebagai lelaki lemah lembut, Jaafar Onn (gambar) yang dianggap sebagai artis serba boleh, tidak pernah melupakan hasrat untuk bernikah lagi.
Malah, pada usia mencecah 60 tahun, Jaafar mengakui dia masih mempunyai keinginan untuk mencari pasangan sebagai isteri.
"Semua orang memerlukan pasangan untuk melalui kehidupan bersama, saya juga tidak terkecuali," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kelmarin, melalui laman FanPage Cari Jodoh Online, Jaafar telah mengumumkan hasrat untuk mencari isteri baru setelah lebih 20 tahun menduda.
Beliau juga membuat pengumuman mencari isteri baru melalui laman sosial Facebook peribadinya.
"Ini merupakan salah satu usaha saya untuk menamatkan zaman bujang. Memang banyak maklum balas diterima, saya sendiri tidak sangka.
Kredit : Utusan
Terbaru-Terukir Di Bintang juara AJL27
KUALA LUMPUR 6 Jan. - Lagu Terukir Di Bintang dendangan Aizat mempamerkan kehebatan apabila dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu Ke-27 (AJL27) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil di sini malam ini.
Lagu yang dihasilkan oleh komposer dan penulis lirik, Yuna melayakkan mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM35,000 dan trofi.
Sementara itu, lagu nyanyian Azlan & The Typewriter berjudul Idola meraih naib juara.
Komposer Audi Mok dan penulis lirik lagu itu Azlan, membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai RM15,000 dan trofi.
Bishop lega kenyataan Mat Sabu
KUALA LUMPUR 6 Jan. - Bishop Katholik, Dr. Paul Tan Chee Ing (gambar) lega dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu bahawa parti Islam itu kekal dengan pendirian menyokong penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam seperti diputuskan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 2010.
Beliau berkata, kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menjelaskan kalimah Allah hanya untuk orang Islam amat memeranjatkan dan bertentangan dengan kesepakatan dicapai pakatan pembangkang berhubung perkara itu tiga tahun lalu.
"Jaminan Mohamad Sabu bahawa pendirian yang dibuat tiga tahun lalu masih kekal adalah satu kelegaan yang besar," katanya seperti dipetik dalam portal berita propembangkang, Malaysiakini hari ini.
Kredit : Utusan
Penyelewengan Tabung Memali terbongkar
KUALA LUMPUR 6 Jan. - Pas berterusan dihimpit pelbagai isu yang menghakis keyakinan rakyat kerana belum pun reda kontroversi Amanat Haji Hadi kini, pucuk pimpinan parti itu didesak pula menyiasat dakwaan penyelewengan Tabung Memali yang bernilai jutaan ringgit.
Desakan itu dibuat sendiri Zainon Ismail atau CN Al-Afghani yang merupakan salah seorang daripada tiga individu yang bertanggungjawab mengurus Tabung Memali selepas tidak sanggup lagi melihat hak serta harta anak-anak yatim, balu dan mangsa Memali 'diratah' pihak lain.
Dalam nada tegas, beliau berkata, jika pucuk pimpinan Pas enggan menyelesaikan isu penyelewengan Tabung Memali tersebut, satu laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat sekali gus bakal mendedahkan lebih banyak sisi gelap pemimpin parti itu.
Kredit : Utusan
Kekecewaan ibu bapa tambang bas sekolah naik
Kuala Lumpur: Golongan ibu bapa kecewa dengan tindakan segelintir pengusaha bas sekolah khususnya di Lembah Klang yang didakwa menaikkan harga tambang bagi sesi persekolahan 2013.
Mereka menyifatkan tindakan sedemikian bukan saja bercanggah dengan peraturan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), malah turut membebankan ibu bapa terutama mereka yang berpendapatan rendah.
Seorang ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Linda, 40, dari Bangi berkata, beliau yang sebelum ini membayar RM30 bagi tambang bas sekolah anaknya, kini dikenakan RM40, walaupun tiada sebarang pengumuman rasmi daripada kerajaan mengenainya.
Saya amat terkejut apabila pengusaha bas sekolah memaklumkan bahawa mulai sesi persekolahan ini saya perlu membayar tambang bas sekolah anak RM40 dan berasa hairan kerana tiada sebarang pengumuman mengenai kenaikan tambang (bas sekolah).
Pengusaha bas sekolah memberi alasan mereka terpaksa menaikkan (tambang) disebabkan kenaikan harga alat ganti kenderaan, selain kos operasi turut meningkat dari semasa ke semasa, katanya, semalam.
Hajaz Ahmad, 41, dari Alam Damai, Cheras berkata, pada hari pertama persekolahan pengusaha bas sekolah sudah memaklumkan kepadanya mengenai kenaikan harga tambang dalam tempoh terdekat ini.
Pengusaha sudah pun memberi notis memaklumkan mengenai kadar tambang baru membabitkan kenaikan antara RM5 hingga RM10 dalam tempoh terdekat ini..., ketika ini saya membayar tambang RM55, katanya.
Sementara itu, Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPPBSM) yang mewakili kira-kira 14,000 ahli seluruh negara menafikan berlaku kenaikan tambang bagi sesi persekolahan ini.
Setiausaha Agungnya, Md Saad Mohamad berkata, disebabkan tiada sebarang pengumuman rasmi daripada SPAD, maka pengusaha bas sekolah tidak dibenarkan menaikkan harga tambang.
Pada masa sama, pihak kami turut bimbang terhadap perkhidmatan van sapu yang beroperasi sebagai bas sekolah haram, terutama di Lembah Klang yang kadang kala mengenakan kadar tambang tinggi, katanya.
Saingan bermula!
12 pasukan mulakan aksi sulung Liga Perdana hari ini
Kuala Lumpur: Liga Perdana menyingkap tirainya hari ini dengan semua 12 pasukan turun diiringi satu tekad - memulakan kempen dengan langkah kanan.
Perlawanan membabitkan empat pasukan Liga Super musim lalu - Kedah, Sarawak, Sabah dan Kuala Lumpur antara yang menjadi tumpuan selain pasukan Liga Perdana, Sime Darby yang mencuri tumpuan apabila muncul naib juara Piala FA musim lalu.
Sejarah lapuk
Kedah yang dikendali Mario Tot dari Croatia melakukan rombakan besar-besaran musim ini bagi memastikan reputasi sebagai pemenang tiga kejuaraan juara dua kali (2007 dan 2008) tidak terus menjadi sejarah lapuk skuad Kenari itu.
Selain bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang kembali menyarung jersi Hijau Kuning musim ini selepas dua tahun bersama Perak, Kedah turut memanggil semula Nelson Martin dari Chile dan penyerang baru, Chayene Santos dari Brazil.
Sime Darby yang kempunan beraksi di Liga Super musim ini selepas sekadar menduduki tangga ketiga musim lalu, pastinya mahu mengekalkan rentak cemerlang di kancah Liga Perdana terutama dengan ketiadaan Tentera dan Pahang.
Tidak pandang remeh
Skuad kendalian Ismail Zakaria tahun ini dibarisi lebih ramai pemain berpengalaman selepas kehilangan beberapa pemain muda berbakat musim lalu dan kehadiran dua import dari Croatia, Goran Perak dan Karlo Primorac dijangka memberi nafas baru.
Cabaran dua pasukan Borneo, Sabah dan Sarawak juga tidak boleh dipandang remeh dengan kekecewaan saingan Liga Super musim lalu menjadi pembakar semangat untuk kembali menyertai liga bola sepak paling berprestij negara tahun depan.
Bagaimanapun kehadiran pendatang baru Liga Perdana, UiTM FC dan KL SPA tidak boleh dipandang remeh, walaupun tanpa pemain import, semangat juang tinggi pemain tempatan mereka mampu menjadi sandaran untuk mengejutkan pasukan lebih berpengalaman.
Jadual perlawanan Liga Super hari ini
UiTM FC mln Kedah (Std Hang Tuah, 4.45 ptg)
Pos Malaysia mln K Lumpur (Std Selayang, 4.45 ptg)
Polis mln NS Betaria (Std Hang Jebat, 4.45 ptg)
Johor mln Sime Darby (Std Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, 8.45 mlm)
Sabah mln KL SPA (Std Likas, 4.15 ptg)
Perlis mln Sarawak (Std Utama Negeri, 4.15 ptg)
Kredit : Berita Harian
Dibunuh kekasihnya Kerana Mengandung Kali Ke-10
Kekasih Dibunuh Kerana Mengandung Kali Ke-10 - Seorang lelaki didapati bersalah menetak hingga mati seorang wanita sebelum membuang mayatnya ke dalam tong sampah.
Shuana Lee 36, yang hamil bayi kembar dibunuh oleh Karl Burman. Mangsa mempunyai sembilan orang anak.
Mayatnya tidak dijumpai dan dipercayai telah dibakar.
Burman, 24, dihukum penjara seumur hidup kerana membunuh.
Ketika perbicaraan dijalankan, pendakwa raya Mark Wall, memberitahu Mahkamah di Birmingham, defendan yang berang kerana wanita itu hamil lagi, memotong badan mangsa lalu memasukkannya ke dalam beg plastik hitam dan membuangnya.
Polis menyiasat kehilangan Shuana tetapi tidak berjaya sehinggalah Burman mendail 999 enam bulan selepas Shuana hilang pada November 2010 dan mengaku membunuh teman wanitanya.
Wall berkata, “Dia mengaku membunuhnya dengan menggunakan penukul dan memotong mayat mangsa dengan menggunakan gunting pokok.
Burman berkata dia mengambil masa dua hari untuk mengerat mayat Shauna. Dia kemudian memasukkan mayat Shauna ke dalam plastik hitam sebelum membuangnya
Kredit : Web Berita
Pakistan, India bergolak lagi
GAMBAR yang dirakam pada 3 Jun, 1999, askar India mengambil bahagian dalam latihan ketinggian untuk menyediakan mereka berjuang di paras tinggi di Genting Zojilla di Srinagar - Leh, lebuh raya Kashmir, India. Seorang askar Pakistan terbunuh dan seorang lagi cedera, apabila tentera India menyerbu sebuah pos tentera di sempadan kedua-dua negara di Kashmir, tentera berkata. Ia berkata pertukaran kebakaran itu berterusan selepas serangan India di penanda sempadan di sektor Haji Pir, 80 kilometer utara Islamabad.
Askar bertempur di sempadan Kashmir, seorang maut
Islamabad: Tentera Pakistan dan India semalam saling melepaskan tembakan ke arah kedudukan lawan dekat sempadan Kashmir menyebabkan seorang askar maut. Pakistan menuduh askar India menyeberangi garisan sempadan sementara dipanggil ‘Garisan Kawalan’ sebelum menyerbu sebuah pos kawalan mereka, tuduhan yang ditolak tentera jirannya.
Askar India masuk ke sempadan daerah Haji Pir, 80 kilometer ke utara Islamabad sebelum menyerbu pos kawalan Sawan Patra” - Kenyataan tentera Pakistan
Kenyataan tentera Pakistan memberitahu, askar India masuk ke sempadan daerah Haji Pir, 80 kilometer ke utara Islamabad sebelum menyerbu pos kawalan Sawan Patra.
“Tentera Pakistan bertindak balas sewajarnya. Seorang askar Pakistan syahid manakala seorang lagi parah,” menurut kenyataan itu.
Ia juga mendakwa, askar India berundur hingga tertinggal selaras senjata dan pisau.
Tentera India nafi
Jurucakap tentera India di Srinagar, menafikan askarnya melintasi masuk ke seberang sempadan.
Kolonel Brijesh Pandey menuduh tentera Pakistan melancarkan serangan mortar ke sebuah kampung dalam kawalannya di daerah Uri bertentangan dengan Haji Pir.
“Pada 3.15 pagi kelmarin, askar Pakistan melancarkan serangan mortar menyasarkan perkampungan Uri,” katanya.
Kashmir yang didiami Muslim terletak di Himalaya dan menjadi dua punca peperangan di antara jiran itu yang merdek pada 1947.
Kedua-dua negara juga mencapai persetujuan untuk melakukan gencatan senjata sejak November 2003.
Bagaimanapun, itu tidak menghalang mereka daripada bergaduh dari masa ke masa atau saling membuat tuduhan pihak lawan mencabul gencatan senjata itu.
Seorang lelaki maut
Bulan lalu, pegawai di Kashmir berkata, tembakan askar India menyebabkan seorang lelaki maut dan tiga lagi cedera di dua kampung.
India juga sering menuduh Pakistan menghantar militan ke wilayah Kashmir kawalannya ketika kekacauan meletus seperti sekarang.
Kredit:Berita Harian
Askar bertempur di sempadan Kashmir, seorang maut
Islamabad: Tentera Pakistan dan India semalam saling melepaskan tembakan ke arah kedudukan lawan dekat sempadan Kashmir menyebabkan seorang askar maut. Pakistan menuduh askar India menyeberangi garisan sempadan sementara dipanggil ‘Garisan Kawalan’ sebelum menyerbu sebuah pos kawalan mereka, tuduhan yang ditolak tentera jirannya.
Askar India masuk ke sempadan daerah Haji Pir, 80 kilometer ke utara Islamabad sebelum menyerbu pos kawalan Sawan Patra” - Kenyataan tentera Pakistan
Kenyataan tentera Pakistan memberitahu, askar India masuk ke sempadan daerah Haji Pir, 80 kilometer ke utara Islamabad sebelum menyerbu pos kawalan Sawan Patra.
“Tentera Pakistan bertindak balas sewajarnya. Seorang askar Pakistan syahid manakala seorang lagi parah,” menurut kenyataan itu.
Ia juga mendakwa, askar India berundur hingga tertinggal selaras senjata dan pisau.
Tentera India nafi
Jurucakap tentera India di Srinagar, menafikan askarnya melintasi masuk ke seberang sempadan.
Kolonel Brijesh Pandey menuduh tentera Pakistan melancarkan serangan mortar ke sebuah kampung dalam kawalannya di daerah Uri bertentangan dengan Haji Pir.
“Pada 3.15 pagi kelmarin, askar Pakistan melancarkan serangan mortar menyasarkan perkampungan Uri,” katanya.
Kashmir yang didiami Muslim terletak di Himalaya dan menjadi dua punca peperangan di antara jiran itu yang merdek pada 1947.
Kedua-dua negara juga mencapai persetujuan untuk melakukan gencatan senjata sejak November 2003.
Bagaimanapun, itu tidak menghalang mereka daripada bergaduh dari masa ke masa atau saling membuat tuduhan pihak lawan mencabul gencatan senjata itu.
Seorang lelaki maut
Bulan lalu, pegawai di Kashmir berkata, tembakan askar India menyebabkan seorang lelaki maut dan tiga lagi cedera di dua kampung.
India juga sering menuduh Pakistan menghantar militan ke wilayah Kashmir kawalannya ketika kekacauan meletus seperti sekarang.
Kredit:Berita Harian
Dilatihnya kucing ini membawa telefon ke penjara
BRASILIA - Seekor kucing yang dilatih oleh para banduan untuk membawa telefon bimbit dan pelbagai peralatan menggali terowong telah ditangkap di sebuah penjara di timur laut Brazil.
Menurut seorang ketua kesatuan pengawal penjara Alagoas, Marcelo Avelino, seorang pengawal itu yang melihat kucing tersebut kemudian mendekati haiwan berkenaan.
Avelino menjelaskan, pengawal berkenaan mendekati kucing tersebut kerana dia mendapati terdapat sesuatu yang ganjil pada tubuh haiwan itu.
Beliau memberitahu akhbar O Globo, pengawal itu yang mendekati haiwan berkenaan mendapati terdapat sebuah beg yang dibawa kucing itu.
Menurutnya, beg tersebut mengandungi mata gergaji dan peralatan menggali untuk digunakan dalam penggalian terowong.
Beliau berkata, sebuah telefon bimbit turut ditemui termasuk bateri dan alat pengecas.
Kucing itu kerap dilihat masuk dan keluar dari penjara berkenaan.
Seorang pegawai penjara tersebut, Luiz de Oliveira Souza memberitahu portal berita G1, para banduan tersebut telah membela haiwan itu.
Souza menyatakan, saudara-mara banduan kerap membawa pulang kucing itu selepas mereka datang ke penjara tersebut.
"Kami berasa amat terkejut dengan taktik baharu banduan itu yang melatih haiwan supaya ia datang semula ke penjara dan membawa barang-barang," katanya.
Bashar muncul beri ucapan secara berani
DAMSYIK - Presiden Syria, Bashar Al-Assad berkata, negaranya belum menemui 'rakan sekutu' bagi menyelesaikan krisis politik di negara ini yang telah berlanjutan selama 21 bulan.
Beliau berkata demikian pada ucapan pertamanya dalam tempoh tujuh bulan di hadapan sejumlah orang di sini semalam.
"Hanya kerana kita tidak menemui sekutu, ia tidak bermakna kita tidak berminat berhubung penyelesaian politik," kata beliau ketika berucap di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Dar Al-Assad.
Katanya, konflik yang berlaku bukan melibatkan pemerintah dan pembangkang tetapi antara negara dengan pihak musuh.
"Satu perkara yang pasti adalah orang-orang yang kita hadapi hari ini merupakan mereka yang membawa ideologi Al-Qaeda," kata Bashar.
"Terdapat mereka yang ingin memecah-belahkan negara ini dan melemahkannya.
"Bagaimanapun, Syria terlalu kuat dan akan kekal berdaulat. Itu yang membuatkan pihak Barat berasa susah hati."
Penentangan terhadap pentadbiran Bashar mula tercetus pada Mac 2011.
Sejak itu, lebih 43,000 nyawa terkorban dan kebanyakannya merupakan orang awam.
Terdapat juga perangkaan yang menyatakan 60,000 orang telah terbunuh di Syria.
Kebangkitan penduduk yang berjuang dalam pertempuran menentang tentera Bashar berlaku kerana mereka marah dengan kepimpinannya.
Bashar dilihat gagal membawa pembaharuan pentadbiran terutamanya seperti isu-isu kebebasan bersuara.
Pertempuran tersebut berlaku selepas kebangkitan penduduk menuntut demokrasi berlaku di Tunisia, Libya dan Mesir.
Kredit : Kosmo Online
Messi calon pilihan sekali lagi
ZURICH - Penyerang terbaik dunia, Lionel Messi dijangka muncul pemain pertama yang menjulang Anugerah Pemain Terbaik Dunia buat kali keempat berturut-turut pada majlis rasmi yang bakal berlangsung esok.
Penyerang Argentina berusia 25 tahun itu menjadi calon pilihan bagi mengatasi rakan sepasukannya di Barcelona, Andres Iniesta dan Cristiano Ronaldo daripada Real Madrid.
Sekiranya menjadi kenyataan, ia merupakan satu lagi kejayaan besar buat Messi yang terlebih dahulu melakar sejarah tahun lalu apabila menjaringkan 91 gol, sekali gus mengatasi pencapaian legenda Jerman, Gerd Mueller.
Begitupun, Messi sekali lagi menegaskan, sebarang rekod tidak memberi makna jika dia gagal membantu Barcelona menjulang trofi Liga Sepanyol dan Liga Juara-Juara musim ini.
"Sudah tentu saya teruja apabila berjaya memecahkan sebarang rekod tetapi kejayaan membantu Barcelona muncul juara lebih penting.
"Misi saya adalah untuk membantu Barcelona menjulang trofi Liga Sepanyol, Piala Raja Sepanyol dan juga Liga Juara-Juara.
"Ia jauh lebih utama berbanding mana-mana rekod peribadi," kata Messi.
Pada masa sama, Messi kekal merendah diri dan tidak terkilan jika anugerah itu menjadi milik Iniesta.
"Jika Iniesta menang, dia memang berhak berdasarkan apa yang dilakukannya bersama Barcelona.
"Bagi saya, kejayaan Iniesta juga cukup bermakna buat kami," kata Messi.
Untuk rekod, Messi dan legenda Perancis, Michel Platini merupakan pemain yang berjaya menjulang anugerah Ballon d'Or sebanyak tiga kali berturut-turut.
Dua legenda Belanda, Johan Cruyff dan Marco van Basten juga pernah merangkul anugerah itu sebanyak tiga kali sebelum ini.
Ronaldo pula memberitahu, dia tidak kecewa jika gagal merangkul anugerah tersebut.
"Jika saya menang, sudah tentu ia kejayaan yang cukup sempurna tetapi jika tewas, ia bukan petanda dunia saya telah berakhir," kata Ronaldo yang merangkul anugerah itu pada 2008.
Kredit : Kosmo Online
SPRM siasat isu pajakan tanah
KOTA BHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung isu pajakan tanah lebih 4,000 hektar di Gua Musang kepada sebuah syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan dua pemimpin DAP Perak.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali ketika dihubungi berkata, pihaknya telah menerima fail-fail berkaitan urusan pajakan tanah tersebut daripada kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas.
“Pihak SPRM telah menerima dokumen berkaitan (pajakan tanah) dan siasatan masih diteruskan,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Dalam pada itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengesahkan kerajaan negeri telah menyerahkan fail-fail berkaitan urusan pajakan tanah tersebut kepada SPRM kelmarin.
Pegawai kerajaan negeri telah menyerahkan fail-fail berkaitan urusan pajakan tersebut untuk siasatan selepas terdapat dakwaan tanah itu dipajak kepada sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan dua pemimpin DAP Perak.
Menurut Nik Aziz, kerajaan Pas Kelantan juga bersetuju dengan cadangan penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menjalankan siasatan secara terperinci mengenai pajakan tanah kepada syarikat yang didakwa dimiliki oleh pemimpin DAP iaitu Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Nga Kor Ming itu.
Beliau yang menafikan wujud unsur rasuah dalam urusan pajakan tanah tersebut dan menegaskan ia dilakukan mengikut peraturan berkata, pihaknya tetap terbuka kepada apa juga jenis siasatan kerana mengamalkan dasar ketelusan dalam pentadbiran kerajaan.
“Saya beri peluang kepada orang buat apa sahaja, Suruhanjaya Siasatan Diraja atau apa sekalipun, saya selalu sebut saya buka pejabat 25 jam sehari, bukan 24 jam tetapi 25 jam.
“Dengan cara ini, saya sendiri selalu beringat, pegawai sendiri selalu beringat, kerana apa? Kerana Menteri Besar sebut 25 jam buka pejabat untuk disiasat,” katanya selepas menyampaikan amanat tahun baru pada Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Kompleks Kota Darul Naim di sini semalam.
Kredit: Kosmo Online
Citroen lancar model edisi istimewa DS3 Red – DS3 DStyle Red & DSport Red
Citroen telah melancarkan model edisi istimewa dengan penampilan menarik di pasaran Eropah sempena ketibaan tahun baru – Citroen DS3 DStyle Red & Citroen DS3 DSport Red. Kedua-dua model berkenaan diasaskan daripada model semasa DS3 DStyle dan DSport, dengan gaya lebih eksklusif bersama-sama peralatan standard tambahan.
Boleh didapati dengan pilihan dua warna Polar White atau Perla Nera Black, setiap model DS3 Red didatangkan eksklusif dengan ciri ‘Red Touch’ di bahagian dalaman dan luaran, yang mana ianya termasuk bumbung ‘Sport Red’ dan cermin sisi. Juga khusus untuk tema Red yang dikenakan ialah kemasan ‘Sport Red’ pada jeriji depan. Bahagian dalam pula menyaksikan papan pemuka dan bingkai pemegang pintu turut dipadankan dengan warna merah.
Selain itu agar ianya sepadan dengan pilihan pelanggan, model DS3 Red didatangkan dengan rim aloi ‘Ashera’ 16 inci dalam warna putih atau hitam untuk model DStyle Red, dan rim aloi ‘Bellone’ dalam warna hitam atau putih bersaiz 17 inci untuk versi DSport Red. Kesemua roda didatangkan lengkap dengan penutup tengah ‘Sport Red’.
Citroen DS3 DStyle Red tersedia sama ada dengan enjin petrol VTi 120 atau enjin diesel e-HDi 90 Airdream yang mengeluarkan emisi CO2 hanya 98g/km. Bagi model DS3 DSport Red, ia dikuasakan enjin petrol THP 155 dengan kotak gear manual enam kelajuan, atau enjin diesel e-HDi 115 Airdream, juga bersama-sama transmisi manual enam kelajuan.
Di bawah adalah gambar DS3 DStyle Red & DS3 DSport Red
Model Convertible Terpantas di Dunia – Bentley Continental GT Speed Convertible
Bentley bakal mengemukakan secara rasmi model terbaru Continental GT Speed Convertible, sebuah model convertible dengan empat tempat duduk yang didakwa sebagai yang terpantas di dunia dengan kelajuan maksimum mencecah 325 km/j.
Bentley Continental GT Speed Convertible dijadual akan membuat kemunculan antarabangsa pertama di Detroit (NAIAS 2013) pada 14 Januari depan. Prestasi model tersebut boleh dilihat pada keluaran kuasa kuda setinggi 625 PS (616 bhp) dan tork maksimum 800Nm yang berpunca dari enjin W12 6.0 liter dengan bantuan sistem pengecas turbo berkembar.
Prestasi pemanduan kemudiannya ditingkatkan lagi dengan kehadiran transmisi lapan kelajuan bernisbah rapat, sistem suspensi yang ditingkatkan kemampuannya dan menjadi lebih rendah (lowered suspension), talaan semula roda stereng untuk pecutan yang lebih menyeronokkan dan tajam, serta ciri pengendalian komunikatif tanpa menjejaskan ciri keselesaannya yang terkenal milik Bentley Continental convertible.
Logo baru ŠKODA untuk model Fabia dan Roomster
ŠKODA mengumumkan kehadiran logo baru untuk model Fabia dan Roomster, termasuk penampilan buat pertama kali logo berbentuk huruf ŠKODA.
Menurut ŠKODA, jenama dan nama model masing-masing akan muncul di bahagian belakang kenderaan, dengan tambahan huruf versi kenderaan seperti TSI atau TDI juga akan muncul dalam bentuk yang baru.
Berdasarkan perancangan ŠKODA yang merupakan pengeluar kenderaan dari Republik Czech, barisan model kenderaan sedia ada kini menerima penukaran logo baru agar ianya selari dengan reka bentuk korporat yang disemak semula pada tahun 2011.
Model pertama yang menampilkan logo baru ialah ŠKODA Citigo. ŠKODA Rapid yang diperkenalkan dalam tahun 2012 turut menggunakan logo baru. Fabia dan Roomster kini menjadi model ketiga dan keempat yang menerima logo terbaru.
Logo tersebut akan muncul di beberapa bahagian luaran dan dalaman kenderaan, termasuk di atas bonet, di bahagian belakang, di bahagian kemasan roda atau di bahagian tengah penutup roda, di atas roda stereng, penutup enjin dan juga terdapat pada kunci kenderaan.
Selain itu bagi model ŠKODA Fabia dan ŠKODA Roomster, peningkatan yang diterima termasuklah rekaan baru huruf penunjuk jenis enjin dan versi kenderaan antaranya seperti TSI, TDI, GreenLine atau vRS. Perkataan ŠKODA di bahagian belakang kenderaan pula merupakan yang pertama bagi kedua-dua model itu.
DISCOLOR TYRE : Peringatan Tukar tayar
Apabila anda memiliki kereta, anda harus tahu selok belok penjagaannya.Adalah perlu bagi pemilik untuk mengetahui bila minyak hitam, penapis minyak dan tayar harus ditukar. Bagi kami tayar kereta ialah yang agak sukar untuk maintain. Kita tak berapa perasan berapa banyak "bunga" tayar yang ada pada tayar kereta kita. Be honest now, berapa kerap anda melihat tayar anda bagi memastikan ianya tidak botak. Oleh sebab itulah kami suka dengan konsep Discolor Tyre rekaan Gao Fenglin dan Zhou Buyi. Bunga pada tayar dibuat menggunakan getah dengan dua warna berbeza. Apabila bunga sudah haus dan tiba masa untuk ditukar, lapisan getah bewarna akan kelihatan. Kini tidak ada lagi masalah lupa menukar tayar yang sudah botak. Genius idea! Adalah bagus jika konsep ini menjadi realiti
Kredit: Blogserius
Kredit: Blogserius
Jumaat, 4 Januari 2013
Posted by Jobseekers





.jpg)



.jpg)



















