Gagal Bayar Saman Bakal Dibatal Lesen Memandu – KPN
1.7 juta individu yang disenaraihitamkan kerana degil membayar saman trafik bakal berdepan tindakan lesen memandu dibatalkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata tindakan itu akan ditumpukan terhadap penunggang motosikal dan pemilik kenderaan komersil yang banyak menyumbang kepada jumlah kemalangan maut pada Op Selamat III sempena Aidilfitri baru-baru ini.
“Kami mensasarkan penunggang motosikal dan pemilik kenderaan komersil terlebih dahulu berikutan peningkatan jumlah kemalangan maut dalam Ops Selamat III (membabitkan mereka),” – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar
Beliau berkata polis akan mencadangkan undang-undang dipinda segera bagi membolehkan tindakan itu diambil dengan secepat mungkin.
Ops Selamat III yang bermula pada 1 Ogos hingga 18 Ogos lepas, secara keseluruhannya mencatatkan 17,831 kes kemalangan yang menunjukkan penurunan sebanyak 106 kemalangan berbanding Ops Selamat II.
Bagaimanapun kadar kemalangan maut telah meningkat sebanyak 32 kes atau 14.2 peratus iaitu daripada 226 kes kepada 258 kes, dengan jumlah kematian turut meningkat sebanyak 49 kes atau 20.2 peratus iaitu daripada 243 kes kepada 292.
Bagi pemandu atau penunggang yang mempunyai saman tertunggak dinasihatkan membayar saman mereka bagi mengelakkan tindakan itu.
“Kami juga akan mengambil penguatkuasaan yang lebih agresif khususnya terhadap mereka memandu laju, melanggar lampu isyarat dan memotong dua garisan berkembar, jadi, esok jangan salahkan polis kerana mendapat saman,” – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar
Bank Negara Ketatkan Syarat Pinjaman Kereta???
Bank Negara Malaysia hari ini menafikan syarat pinjaman kereta bakal diketatkan kepada 20% bayaran muka dan tempoh pinjaman maksimum 7 tahun. Menerusi kenyataan rasmi di laman Facebook mereka, Bank Negara Malaysia berkata:-
Pastinya ini satu berita baik kepada semua rakyat Malaysia. Kalau sesiapa nak dapat beli kereta baru, inilah waktu terbaik kerana kebanyakan syarikat pengeluar kereta sedang mengadakan promosi sempena Hari Kemerdekaan.
#Bersyukurlah Buat Masa ni......
``Jawapan Mengenai Khabar Angin Berkaitan Tempoh Pembayaran Balik Pinjaman Kenderaan dan Peratus Bayaran Pendahuluan
Mengikut Garis Panduan Amalan Pembiayaan yang Bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, tempoh pembayaran balik pembiayaan kenderaan haruslah tidak melebihi sembilan tahun.
Penilaian keupayaan membayar balik adalah berdasarkan Garis Panduan Amalan Pembiayaan yang Bertanggungjawab tersebut yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, di mana institusi kewangan akan menilai keupayaan pelanggan mereka untuk membuat pembayaran balik sepenuhnya dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Pastinya ini satu berita baik kepada semua rakyat Malaysia. Kalau sesiapa nak dapat beli kereta baru, inilah waktu terbaik kerana kebanyakan syarikat pengeluar kereta sedang mengadakan promosi sempena Hari Kemerdekaan.
#Bersyukurlah Buat Masa ni......
Posted by Jobseekers
Meter Combi & Penutup Enjin MK7 Untuk VW GTI
Menurut sumber yang krew AK percayai, separuh daripada jumlah Golf GTI MK7 di Glenmarie telah pun dibawa ke Sepang, bagi membuat ujian pengambilan selekoh, pecutan dan pengendalian. Ada juga sesetengahnya yang dipandu sehingga ke Melaka bagi pengujian ketahanan. Pihak media akan dipanggil untuk pandu uji dalam masa terdekat ini, sebelum diedarkan serata negara.
Semalam ketika kami ke pusat jualan Volkswagen, salah seorang penjual memaklumkan yang akan ada model terbaru daripada VW bakal dilancarkan minggu ini. Lingkungan harga model tersebut ialah sekitar RM90,000. Tidak diketahui model mana satukah yang bakal dijual. Sama-samalah kita nantikan.
Kredit: ArenaKereta
Gambar Proton Suprima S Dengan Lebih Jelas & Terperinci
Baru-baru ini kami berkesempatan untuk ke bilik pameran Proton. Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk memandu uji dan melihat dengan mata kepala kami sendiri model terbaru Proton, Suprima S. Secara jujur, Suprima S tidak mengecewakan apabila anda melihatnya secara “live”.
Tambah mengkagumkan pandu uji yang kami lakukan membuatkan kami mengakui kesilapan memandang rendah model Proton selama ini. Kami akan keluarkan satu artikel yang lebih mendalam mengenai pengalaman pemanduan Suprima S tidak lama lagi. Sila pastikan anda membacanya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan membeli kereta.
Kredit: Arenakereta
Minyak Wangi "Berperisa" Kencing Budak Sekolah Perempuan (3 Gambar)
Minyak wangi sememangnya sudah menjadi gaya hidup dalam kebanyakkan orang. Bahkan, terdapat sesetengah daripada mereka yang mahukan satu versi bauan yang lain daripada yang lain.
Oleh itu, bagi memastikan hal itu tercapai, pengeluar produk alat mainan orang dewasa yang berpengkalan di Akibahara, Tokyo iaitu Tamatoys telah mengeluarkan produk minyak wangi yang mempunyai bauan budak sekolah.
Produk yang dikenali sebagai "Schoolgirl Urine Scent" dan "Schoolgirl Armpit Scent" itu dibuat hampir mirip dengan dengan aroma air kencing dan bau ketiak gadis pelajar sekolah. Produk ini dikatakan mendapat sambutan yang hangat bagi penduduk di sana.
Perodua Lancarkan Pakej “Terima Kasih Cikgu” Sempena Hari Guru
Hari Guru telah pun berlangsung semalam. Pasti para guru masih terasa kemeriahan sambutan di sekolah masing-masing. Ada berita baik untuk para guru, bersempena dengan Hari Guru, Perodua telah pun melancarkan pakej “Terima Kasih Cikgu” sebagai tanda penghargaan di atas segala jasa para guru.
Pakej istimewa ini adalah untuk kesemua jenis kereta keluaran Perodua. Tawaran yang ada di dalam pakej ini ialah RM1,000 rebat, RM20,000 insurans kemalangan peribadi dan 2.7% kadar faedah pinjaman. Selain itu servis percuma untuk 3 tahun turut sama ditawarkan. Info lanjut mengenai tawaran ini boleh layari www.perodua.com.my.
Pakej istimewa ini adalah untuk kesemua jenis kereta keluaran Perodua. Tawaran yang ada di dalam pakej ini ialah RM1,000 rebat, RM20,000 insurans kemalangan peribadi dan 2.7% kadar faedah pinjaman. Selain itu servis percuma untuk 3 tahun turut sama ditawarkan. Info lanjut mengenai tawaran ini boleh layari www.perodua.com.my.
Porsche Cayenne Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1.33 Juta Dan RM750,000
Porsche Cayenne Turbo S dan Porsche Cayenne Turbo S Diesel telah memasuki pasaran Malaysia dan dalam pelancaran kereta tersebut beberapa hari lalu pihak penjual telah memberitahu harga SUV mewah ini untuk pembeli di Malaysia.
Porsche Cayenne Turbo S dilengkapi dengan enjin 4.8 liter V8. Kenderaan ini boleh mencapai kelajuan 0 hingga 100 km/h dalam masa 4.5 saat(0.2 saat lebih laju dari turbo) dan kelajuaan maksima adalah 283 km/h. Ia juga turut dilengkali dengan Rim 21-inci 911 Turbo II. Turbo S nampak menarik dengan pakej Sport Chrono yang disertakan.
Versi S Diesel dilengkapi dengan enjin 4.2 liter V8 turbo. kenderaan ini boleh mencapai kelajuan 0 hingga 100 km/h dalam masa 5.7 saat dan kelajuan maksima kenderaan ini adalah 252 km/h. Antara yang menarik adalah sistem Porsche Traction Management (PTM) yang disediakan untuk versi diesel.
Harga untuk model Porsche Cayenne Turbo S adalah RM1,330,000 manakala Porsche Cayenne Turbo S Diesel pada harga RM750,000. Kereta ini juga turut disertakan dengan pakej jaminan kilang empat tahun dan empat tahun perkhidmatan penyelenggaraan.
Porsche Cayenne Turbo S dilengkapi dengan enjin 4.8 liter V8. Kenderaan ini boleh mencapai kelajuan 0 hingga 100 km/h dalam masa 4.5 saat(0.2 saat lebih laju dari turbo) dan kelajuaan maksima adalah 283 km/h. Ia juga turut dilengkali dengan Rim 21-inci 911 Turbo II. Turbo S nampak menarik dengan pakej Sport Chrono yang disertakan.
Versi S Diesel dilengkapi dengan enjin 4.2 liter V8 turbo. kenderaan ini boleh mencapai kelajuan 0 hingga 100 km/h dalam masa 5.7 saat dan kelajuan maksima kenderaan ini adalah 252 km/h. Antara yang menarik adalah sistem Porsche Traction Management (PTM) yang disediakan untuk versi diesel.
Harga untuk model Porsche Cayenne Turbo S adalah RM1,330,000 manakala Porsche Cayenne Turbo S Diesel pada harga RM750,000. Kereta ini juga turut disertakan dengan pakej jaminan kilang empat tahun dan empat tahun perkhidmatan penyelenggaraan.
Posted by Jobseekers
Egoista Dilancarkan Sempena Ulang Tahun Ke 50 Lamborghini
Sempena ulang tahun ke 50, Lamborghini telah melancarkan Egoista, sebuah kereta konsep untuk meraikannya. Egoista yang bermaksud “selfish” telah diilhamkan daripada helikopter Apache dan mempunyai rangka aluminium dan fiber karbon. Egoista hanya boleh digunakan oleh seorang pemandu sahaja.
Lamborghini Egoiesta dijana dengan enjin 5.2-liter V10 dengan 600 kuasa kuda yang digunakan di dalam Lamborghini Gallardo. Sekali tengok, memang rekaan Egoista sangat unik dan mampu memikat hati para jutawan seluruh dunia sekiranya dibuka untuk jualan.
Gambar:
Lamborghini Egoiesta dijana dengan enjin 5.2-liter V10 dengan 600 kuasa kuda yang digunakan di dalam Lamborghini Gallardo. Sekali tengok, memang rekaan Egoista sangat unik dan mampu memikat hati para jutawan seluruh dunia sekiranya dibuka untuk jualan.
Gambar:
Posted by Jobseekers
Rekabentuk Mazda3 2015 Mula Kelihatan
Mazda6 yang sudah pun berada di pasaran sememangnya menarik perhatian ramai. Rekabentuk yang bercirikan Kodo menyerlahkan lagi kehebatannya. Dan nampaknya generasi baru Mazda3 turut sama menggunakan Kodo sebagai asas di dalam rekabentuknya sekaligus menjamin mutu yang tinggi.
Yang menarik perhatian ialah rekaan dalaman Mazda3 2015 yang nampak lebih moden dan canggih. Pasti ramai yang tidak sabar untuk menantikan kemunculan Mazda3 2015 di Frankfurt pada bulan September ini. Sama-samalah kita nantikan. Beberapa keping gambar lagi dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Gambar
Yang menarik perhatian ialah rekaan dalaman Mazda3 2015 yang nampak lebih moden dan canggih. Pasti ramai yang tidak sabar untuk menantikan kemunculan Mazda3 2015 di Frankfurt pada bulan September ini. Sama-samalah kita nantikan. Beberapa keping gambar lagi dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Gambar
Posted by Jobseekers
Harga Suzuki Swift 1.4 CKD Diumumkan – GL RM66K, GLX RM74K
Berita baik untuk mereka yang sudah lama mengidam untuk mendapatkan kereta Suzuki Swift. Suzuki Malaysia Automobile telah mengumumkan harga untuk Suzuki Swift 1.4 A/T yang dipasang di Pekan Pahang. Harganya ialah RMRM65,888 untuk varian GL dan RM73,788 untuk varian GLX. Kedua-duanya ialah harga OTR tanpa insuran.
Untuk varian GL, pengurangan harga yang berlaku ialah sekitar RM10,000. Namun untuk varian GLX, penjimatannya sekadar RM2,000 sahaja. Namun untuk varian GL, kebanyakan ciri-ciri yang ada pada GLX telah dikurangkan dan ini pastinya mengecewakan bakal pembeli.
Suzuki Swift 1.4 CKD GLX mempunyai kawalan audio di stering, airbag di bahagian penumpang, keyless go dan push button untuk menghidupkan enjin, suhu kawalan secara kawalan, 16 inci rim dan retractable wing mirrors dengan indikator. Sementara Suzuki Swift 1.4 CKD GL hanya mempunyai kawalan aircond secara manual, satu airbag, 4 speaker (berbanding 6 di dalam GLX) dan 15 inci rim.
Agak banyak perbezaan di antara GL dan GLX. Adakah anda masih akan menjadi pembeli Suzuki Swift CKD ini? Pilihan terletak di tangan anda. Yang penting, kaji dulu sebelum melakukan sebarang pembelian.
Gambar:
Baby Girl Siti Sarah & Shuib Sepah ^^
Sebentar tadi, menerusi laman Instagramnya, Shuib Sepah telah berkongsi berita gembira mengenai kelahiran cahaya mata keduanya. Untuk anda yang tidak tahu, isteri Shuib ialah penyanyi Siti Sarah Raisuddin.Bayi kedua ini ialah bayi perempuan. Anak pertama pasangan ini ialah bayi lelaki. Pastinya kehadiran si puteri ini akan melengkapkan lagi keluarga Shuib.Jutaan tahniah diucapkan kepada Shuib dan Siti Sarah atas berita gembira ini. Semoga si puteri akan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.
Kawasaki Ninja 250R SE 2013 kini berada di pasaran!
Agak mengejutkan kerana model terhangat Kawasaki Ninja 205R 2013 versi ‘Special Edition’ (SE) kini sudah berada di pasaran. Menurut iklan yang diletakkan oleh waki penjual dalam laman sesawang jual beli popular Mudah.my, harga model berkenaan ditawarkan kira-kira RM24,289.00. Dua warna tersedia untuk pilihan iaitu Hijau dan Hitam.
Stok untuk Kawasaki Ninja 250R SE 2013 ini dikatakan telah tersedia (ready stock), selain ianya turut didatangkan dengan pilihan spesifikasi ekzos Arrow yang lebih sporty. Jadi adakah ini pilihan paling berbaloi untuk memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi dengan reka bentuk yang cukup menarik pada paras harga yang berpatutan, jawapan dari saya ialah ‘Ya’.
Gambar:
Posted by Jobseekers
Suzuki Burgman 650 ABS Executive 2013
Seperti mana diumumkan oleh pengeluarnya, harga di pasaran UK untuk skuter maxi Suzuki Burgman 650 ABS Executive 2013 baharu ini ialah sebanyak £8,799. Setelah ditukar kepada matawang Malaysia, nilai harganya kira-kira RM40,185.16.
Kalau dilancarkan di pasaran negara kita, Burgman 650 baharu ini rasanya akan berjaya mencatatkan jualan yang baik dengan syarat harganya tidak terlalu tinggi. Di bawah berikut ialah petikan daripada siaran akhbar yang dikeluarkan oleh Suzuki GB;
``Suzuki GB has announced pricing and availability of the 2013 Burgman 650 ABS Executive, following the model’s launch in the Scottish Highlands last week.
Launched to critical acclaim from the assembled motorcycle press, the new Burgman 650 is competitively priced at £8,799, and boasts heated rider and pillion seat, heated grips, electronically adjustable screen and fold in mirrors, over 50 litres of storage and three drive modes as standard.
Praised by many as the original luxury maxi-scooter for its smooth engine and rider comfort, the 2013 Burgman 650 also benefits from a host of technical changes to improve fuel efficiency and reduce clutch drag, as well as updated styling. The new Burgman is arriving in dealers now.``
Gambar:
Posted by Jobseekers
Harga Volkswagen Polo GTI Kini RM152K-RM155K
Berita baik untuk mereka yang mahu membeli Volkswagen Polo GTI. Harga kereta ini telah diturunkan kepada RM151,888 untuk varian 3 pintu dan RM154,888 untuk varian 5 pintu. Harga baru ini telah mnula berkuatkuasa sejak bulan April 2013.
Sebelum ini, harga Volkswagen Polo GTI ialah RM166,888 dan RM169,888 untuk setiap varian. Pengurangan harga sebanyak lebih daripada RM10,000 ini pastinya menarik lebih ramai pembeli untuk mempertimbangkan Polo GTI sebagai salah satu kereta baru mereka. Apa pula pendapat anda?
Gambar
Sebelum ini, harga Volkswagen Polo GTI ialah RM166,888 dan RM169,888 untuk setiap varian. Pengurangan harga sebanyak lebih daripada RM10,000 ini pastinya menarik lebih ramai pembeli untuk mempertimbangkan Polo GTI sebagai salah satu kereta baru mereka. Apa pula pendapat anda?
Gambar
Selasa, 14 Mei 2013
Posted by Jobseekers
Peugeot 308 Generasi Kedua Baharu
Yang dinanti-nanti telah pun tiba. Beberapa gambar Peugeot 308 generasi kedua telah pun tertiris ke Internet. Peugeout 308 baharu ini dijangka akan membuat kemunculannya di Frankfurt pada hujung tahun ini. Sekali imbas, Peugeot 308 baharu mempunyai rekabentuk yang lebih moden dan sesuai dengan peredaran zaman. Pastinya ramai yang tidak sabar untuk melihat dan mengetahui harga Peugeot 308 baharu apabila ia dilancarkan kelak.
Gambar
Gambar
Posted by Jobseekers

























































