Model konsep Toyota FT-86 Open & Toyota i-Road
Versi bumbung terbuka Toyota FT-86 Open yang masih dalam reka bentuk konsep akan dipamerkan di Geneva Motor Show 2013, bersama-sama sebuah lagi model konsep Toyota i-Road yang disasarkan penggunaannya di dalam kawasan bandar.
FT-86 Open concept
The Toyota FT-86 Open concept previews a possible future development of the award-winning GT86 sports coupe. The show car will help Toyota gauge public reaction to the idea, at the same time as it carries out engineering tests on a prototype.
Toyota i-Road
The Toyota i-Road has been conceived as a compact, fun and emissions-free personal mobility concept, designed to offer quick and efficient urban transport for two people.
Gambar:
FT-86 Open concept
The Toyota FT-86 Open concept previews a possible future development of the award-winning GT86 sports coupe. The show car will help Toyota gauge public reaction to the idea, at the same time as it carries out engineering tests on a prototype.
Toyota i-Road
The Toyota i-Road has been conceived as a compact, fun and emissions-free personal mobility concept, designed to offer quick and efficient urban transport for two people.
Gambar:
Rabu, 13 Februari 2013
Posted by Jobseekers
Aston Martin Rapide S
Model terbaru Aston Martin Rapide S menawarkan reka bentuk yang bukan saja lebih elegan dan menawan, malah kini hadir dengan prestasi enjin lebih berkuasa.
Menurut pengeluarnya, Aston Martin Rapide S secara rasmi menggantikan model Rapide yang diperkenalkan sebelumnya untuk pasaran di seluruh dunia.
Model sport GT dengan empat tempat duduk itu kini dijana enjin baru AM11 beraspirasi normal 6.0 liter V12 yang menghamburkan kuasa kuda 558PS@6,750rpm dan tork maksimum 620Nm@5,000rpm.
Dengan kuasa enjin yang lebih mantap, prestasi pecutan dari sifar ke 100 km/j dapat dilakukan dalam tempoh hanya 4.9 saat, sementara kelajuan puncak sehingga 305 km/j.
Tempahan untuk model terbaru Aston Martin Rapide S kini boleh didapati melalui 146 pengedar jenama tersebut di seluruh dunia.
Gambar:
Bekerja kerana bosan dengan kekayaan sendiri
Jutawan China Kerja Sapu Jalan - Yu Youzhen, 53, memiliki 17 blok rumah pangsa dan menjadi kaya hasil daripada ledakan harga hartanah.
Namun, daripada memanjakan diri dengan kekayaan yang dimilikinya dan menjalani kehidupan berfoya-foya di salun, spa atau kompleks beli-belah, wanita itu memilih bangun awal pagi enam hari seminggu untuk menyapu, membersih dan mengangkat sampah di sepanjang jalan raya yang sibuk di Wuhan, tengah China.
“Saya mahu menjadi contoh kepada anak saya. Saya tidak mahu duduk dan menghabiskan kekayaan saya,” kata Yu.
Dia juga tidak mahu memberi anaknya gambaran bawa dengan menjadi kaya serta menjalani kehidupan hasil daripada kekayaan itu adalah jalan mudah untuk hidup.
“Gaya hidup seperti itu hanya akan mengancam mereka dalam jangka panjang,” kata Yu.
Usahanya itu berjaya. Kedua-dua anaknya kini bekerja makan gaji. Anak lelaki menjadi pemandu bas dengan pendapatan RM1,000 sebulan sementara yang perempuan memperoleh gaji sebanyak RM1,500 dengan melakukan kerja yang tidak dinyatakan, lapor sebuah akhbar China.
Yu pula memperoleh pendapatan sebanyak RM550 sebulan sebagai tukang sapu.
“Saya sentiasa berasakan saya perlu melakukan sesuatu,” kata jutawan itu yang menjadi tukang sapu sejak 10 tahun lalu selepas mendapati kekayaan menjadikan hidupnya bosan.
Dia sebelum ini menanam sayur, mengangkat hasil tanaman itu dan menjualnya sendiri di pasar.
Apabila kerajaan komunis China melancarkan pembaharuan ekonomi pada hujungan 1980-an dan membenarkan petani berniaga, Yu dan suami berjaya mengumpul wang secukupnya untuk membina tiga blok rumah pangsa lima tingkat yang kemudian disewakan.
Mereka berjaya mengambil kesempatan terhadap ledakan harga hartanah dan meluaskan ‘empayar’ mereka hingga mampu memiliki 21 blok rumah pangsa.
Mereka sudah menjual empat blok. Hasil jualan itu dicampur dengan pendapatan menyewa 17 blok rumah pangsa serta gaji sebagai tukang sapu sudah pasti akan membolehkan dia menjalani kehidupan selesa pada masa akan datang. – myMetro
Semalam BN kali ini DAP plop......Politiking la katakan..
Konsert yang menjadi tanda tanya dalam kalangan penduduk setempat di Batu Feringghi di sini, semalam, sudah mendapat lesen sementara daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Awam Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ong Ah Teong berkata, perkara itu dimaklumkan seorang pegawai MPPP kepadanya.
Menurutnya, lesen sementara itu membenarkan pihak penganjur mengadakan konsert di tempat awam sehingga jam 3 pagi.
“Ini bukan anjuran MPPP sebaliknya ia satu program bersama Kerajaan Negeri, sementara syarikat arak itu adalah penaja mereka.
“Saya juga difahamkan seorang Exco terlibat turut menyertai konsert ini kerana sebahagian daripada aktiviti pelancongan, kalau boleh anda (wartawan) boleh minta komen daripada dia (Exco),” katanya.
Terdahulu Sinar Harian semalam melaporkan heboh diperkatakan dalam kalangan masyarakat setempat dan juga kakitangan hotel berhampiran mengenai sebuah konsert arak yang bernilai RM3 juta di Batu Feringghi.
Konsert berkenaan sebelum ini sudah digembar-gemburkan melalui laman sosial Facebook syarikat arak berkenaan dengan mengadakan pertandingan ‘Teka di mana konsert akan diadakan’.
Malah secara terbuka di dalam laman sosial itu penganjur mendedahkan akan mengadakan parti terbuka secara besar-besaran iaitu dengan promosi ‘What do you think of a massive party on the beach?’.
Menurut sumber, konsert itu diperkatakan beberapa kakitangan hotel berdekatan dan menjadi bualan hangat sejak minggu lalu.
Konsert itu bukan anjuran mana-mana hotel kerana ia tidak terletak dalam premis hotel, sebaliknya pentas utama konsert didirikan di pantai awam secara terbuka.
Bukan sahaja penduduk, malah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Batu Feringghi juga memberitahu langsung tidak tahu mengenai konsert berkenaan.
Malah ada antara ahli kariah masjid yang sudah membuat aduan, sementara NGO Pantai turut melahirkan rasa kecewa gara-gara konsert bermotifkan arak itu diadakan di tempat pantai awam.
Difahamkan juga, konsert yang dikatakan tertutup tetapi dibuat di tempat awam itu turut mengundang artis Korea popular.
Kesahihan berkenaan diperoleh apabila artis berkenaan turut membuat persembahan raptai pada petang, semalam.
Penduduk di situ juga melahirkan rasa tidak puas hati kerana bunyi muzik dari konsert boleh didengari sehingga dua kilometer jauhnya sehingga melepasi kawasan Masjid Batu Feringghi.
SINAR
MTK
ARAK DAN DAP TAK DAPAT DIPISAHKAN
Adik Adam
MHI memaparkan kisah adik Adam yang mengalami masalah kerosakan pada saraf atau lebih dikenali sebagai BRAIN DAMAGED Severe HIE (Hypoxic Ischemic Encephalopathy)... masa tengok tu memang sebak sangat tengok... tak sanggup nak lihat anak kecil macam tu yang mengalami penderitaan yang teruk... lagi-lagi bila kita dah jadi ibu, dah ada anak... terasa seolah-olah tu anak kita.. lagi-lagi namanya sama macam nama Adam...
harini pulak MHI menerumah ibu kepada adik Adam iaitu Puan Noraishah yang datang ke Kuala Lumpur untuk mencari alternatif bagi mengubati penyakit adik Adam... dan yang buat Alycia lagi sebak bila mengetahui yang Adik Adam dimasukkan ke ICU ... sebab mengalami masalah kesihatan yang teruk... ketika pihak MHI menelefon mak saudara yang menjaganya, beliau memaklumkan yang adik Adam merengek sepanjang malam... mungkin sebab ibunya tiada di sisi untuk menemaninya... masa tu Alycia memang tak tahan terus menangis... bila Puan Aisyah sendiri mengkabarkan tentang kesihatan adik Adam... mesti sedih hati ibu yang berada di sini...
Alycia teringat kata-kata ibu Adam masa episod yang lepas ...
"saya akan menjaga Adam.andaikata umur Adam tidak panjang, saya redha dan jika Allah nak ambil nyawa dia pun saya bangga kerana menjaga anak ahli syurga...."
Ya Allah, tabahnya ibu Adam...
tak sanggup Alycia nak tulis lagi ...
so, marilah kita sama-sama membantu... walaupun sedikit, sekurang-kurangnya meringankan beban mereka ...
Tapi kini adik adam sudah pergi menghadap ilahi...moga kedua ibu dan bapanya tenang dan redha dengan takdir ini.
Kredit:HotMamaWannabe,Mhi TV3
Next Bike Sdn Bhd lancar Ducati Monster 795 ABS – harga RM66,888.00
Pada tarikh 7 Februari 2013, berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang sempena acara MotoGP Winter Test, Ducati Malaysia (Next Bike Sdn Bhd) telah menunaikan janji mereka dengan melancarkan model paling terkini Ducati Monster untuk pasaran Malaysia - Ducati Monster 795 ABS.
Turut hadir pada majlis pelancaran model berkenaan ialah Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin (Joint Group Executive Chairman of NAZA Group of Companies), EN Nik Danial Nik Mahmood (Vice President of NAZA Two Wheel Division), Mr. Juan Chow Wee (General Manager of Next Bike Sdn Bhd), Mr Paolo Ciabatti (Ducati MotoGP Project Director), Mr. Vitioriano Guareschi (Ducati MotoGP Team Manager), dan juga kehadiran istimewa penunggang Ducati MotoGP – Nicky Hayden dan Andrea Dovizioso.
Ducati Monster 795 ABS ditawarkan pada harga jualan bersih RM66,888.00. Pada majlis yang sama, Ducati Malaysia telah memaklumkan hasrat mereka untuk memperkenalkan enam model baru pada tahun ini. Perluasan operasi di seluruh negara bagi tahun 2013 juga sedang dirancang sebagaimana hasrat Next Bike untuk memiliki bilik pameran Ducati 3S di bahagian Utara, Selatan, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak – dengan 2 atau 3 pusat Ducati dan berjalan dalam tempoh separuh pertama tahun ini.
MONSTER 795 ABS (KEY MESSAGES)
Globally Monster is the highest selling Ducati motorcycle. It is an icon and represents an important part of Ducati’s history, with over 250,000 Monsters around the world. Globally Monster is the highest selling Ducati motorcycle. It is an icon and represents an important part of Ducati’s history, with over 250.000 Monsters around the world.
The new Monster 795 ABS is an exciting addition to the Monster line-up. Monster 795 ABS is an iconic motorcycle which offers user-friendliness and great control, increasing the riding pleasure and raising safety standards even further. Ducati Monster 795 ABS (anti-lock braking system) provides a confidence-inspiring feel for the rider. Style, performance and safety come together in the Monster 795 ABS.
Seat height
The riding position of the Monster 795 ABS has been specifically designed to put you firmly in control. The seat height is only 770mm (30.3in), making it easier for get both feet firmly planted on the ground, to enable the rider a steady position, footed and confident.
Customization:
Dressed in Ducati red, with a bright red Trellis frame, the Monster 795 ABS can be further personalized with the Monster Art program and Logomania.
Engine:
The engine of the Monster 795 ABS is the legendary Desmodue, air cooled, L-Twin engine whose 87 hp gives it that unmistakable Ducati sound. Developed for an incredibly flexible power delivery, the 795 Desmodromic engine provides enough torque to exit the most challenging of corners. The impressive torque, typical of the Ducati L-Twin engines, will excite with every twist of the throttle. The Monster 795 produces 87hp (64kW) @ 8250rpm and 57,9 lb-ft (8,0kgm) of torque (78Nm) @ 6250rpm
Brembo brakes
The latest in Brembo braking hardware delivers exceptional braking power front and rear to improve rider safety. At the front, 320mm floating discs are gripped by four-piston, radially mounted calipers, while a 245mm floating rear disc works in combination with a twin-piston caliper.
Sachs rear suspension
At the rear, a Sachs monoshock unit with progressive linkage provide a wide spectrum of both spring and damping settings.
Lightweight 3-spoke wheels
Lightweight 3-spoke aluminum alloy wheels increase agility and reduce rider effort. The 3.50×17 front wheel wears a 120/60ZR tyre while the 4.50×17 rear wheel runs 160/60ZR rubber. By resisting the temptation to over-tyre the795 for styling’s sake, the end result is light, predictable and confidence inspiring steering qualities at a wide range of speeds with truly outstanding stability
Aluminum swingarm
The GP-style swingarm is chill-cast using aluminum in its most noble form. Gravity cast and heat treated, the component achieves the best mechanical characteristics as well as reduced final weight for improved handling.
Weight:
The dry weight of 169kgs (373lb) has dramatic effects not only on maneuverability and ease of use, but also by contributing directly to increased performance, braking and acceleration, making life simpler in the crowded cities all over Asia.
Handling:
An immensely strong but light tubular steel Trellis frame with aluminum rear sub-frame is the visual and structural backbone of the Monster. Delivering unparalleled rigidity with minimal mass, the chassis design is pure Ducati in its ingenuity and simplicity. A separate, all aluminum sub-frame saves weight and adds a pleasing continuity with the aluminum footrest hangers and matte finished swingarm.
Wheels:
The 17” wheels are in the 3 spoke style and produced in lightweight aluminum to keep the unsprung weight low and handling, braking and acceleration performances high. They roll on the 120/60 and 160/60 Pirelli Angel ST tyres.
Brakes:
Front brake:
2 x 320mm discs, 4-piston radial caliper ABS as standard equipment;
Rear brake:
245mm disc, 2-piston caliper ABS as standard equipment
Instruments:
Digital unit displaying: speedometer, rev counter, time, scheduled maintenance warning, oil temperature, trip fuel, lap time, warning light for low oil pressure, fuel level, fuel reserve, neutral, turn signals, overrev, immobilizer. Ready for DDA system.
The Pic:
Provokasi model konsep Kia di Geneva
Sebuah model konsep terbaru dari Kia dikatakan bakal mencetuskan provokasi di Geneva Motor Show 2013, dimulakan dengan dua keping imej lakaran yang dipaparkan di sini.
Model konsep tersebut bertemakan kereta bandar yang tampil dengan rekaan penuh bersemangat, diyakini akan menarik perhatian ramai pengunjung di Geneva nanti.
Model konsep tersebut bertemakan kereta bandar yang tampil dengan rekaan penuh bersemangat, diyakini akan menarik perhatian ramai pengunjung di Geneva nanti.
Proton Preve tiba pasaran Brunei
Proton hari ini secara rasminya memperkenalkan model sedan Preve untuk pasaran Brunei Darussalam, dalam majlis pelancaran yang diadakan di Radisson Hotel Mutiara Ballroom.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Dato’ Abdullah Sani bin Omar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei. Turut hadir ialah Dato’ Lukman bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Berhad dan Mr. Simon Gelan, Pengarah Urusan United Motors Sdn. Bhd, pengedar kenderaan Proton di Brunei.
Sebelum ini Proton telah melancarkan model terbaru Preve di beberapa pasaran luar seperti Australia dan Thailand, dengan perancangan akan datang selepas Brunei ialah untuk mengeksport kenderaan tersebut ke pasaran Indonesia.
Bagi pasaran Brunei, Proton Preve ditawarkan dalam tiga varian; Executive dengan kelengkapan enjin 1.6 liter CAMPRO IAFM+ dengan pilihan transmisi manual dan CVT, manakala varian teratas Premium dikuasakan enjin turbo CFE dengan transmisi CVT ProTronic 7-kelajuan.
Harga yang ditawarkan ialah sebanyak BND$ 26,900 (MT) dan BND$ 28,550 (CVT) untuk varian Executive, sementara varian Premium berharga BND$ 32,650. Enam warna ditawarkan untuk Preve: Blue Lagoon, Tranquility Black, Solid White, Fire Red, Elegant Brown dan Genetic Silver.
Proton turut menawarkan tempoh jaminan selama lima tahun atau 150,000km (yang mana tiba dahulu) bagi kesemua varian Preve di pasaran Brunei.
MINI Clubman Bond Street
MINI UK mempersembahkan model edisi terhad terbaru MINI Clubman Bond Street, bakal dipamerkan secara rasmi di Geneva Motor Show 2013 akan datang.
Menurut MINI, pengeluaran model berkenaan akan bermula pada bulan Mac 2013, dengan jualan eksklusifnya akan berlangsung dalam tempoh yang begitu terhad.
MINI Clubman Bond Street boleh didapati dengan pilihan empat jenis enjin, dua daripadanya adalah enjin diesel: MINI Cooper (122hp), MINI Cooper S (184hp), MINI Cooper D (112hp) dan MINI Cooper SD (143hp).
Kesemua enjin tersebut digabungkan bersama-sama kotak gear manual enam kelajuan standard, sementara versi automatik enam kelajuan tersedia sebagai pilihan.
Ford Fiesta terlaris di Eropah
Menurut maklumat dari Ford, kereta kompak Ford Fiesta merupakan kereta terlaris dalam segmennya di pasaran Eropah pada tahun 2012 yang lalu. Secara puratanya, setiap unit model berkenaan terjual bagi setiap tempoh dua minit, berdasarkan data perisikan automotif yang dibekalkan oleh JATO Dynamics.
Pada tahun lepas, Ford telah menjual sebanyak 953,174 unit kenderaan di 30 buah pasaran negara-negara Eropah yang dipantau oleh Jato, termasuk 306,405 unit Fiesta. Ford baru-baru ini mengumumkan sejumlah 1.4 juta kenderaan Ford telah terjual di 51 buah pasaran negara-negara Eropah pada tahun 2012 di mana ia beroperasi.
Bagi pasaran UK, Ford menjual sebanyak 109,250 unit model Fiesta pada tahun lepas, mengesahkan kedudukannya sebagai kereta paling popular bagi rakyat di negara itu setiap tahun sejak 2009. Ini menjadikan UK sebagai pasaran paling berjaya untuk model Fiesta bagi tahun 2012, berdasarkan maklumat pendaftaran yang dikeluarkan oleh Ford.
Ford telah menjual lebih daripada 15 juta unit Fiesta di seluruh dunia sejak model pertama diperkenalkan pada tahun 1976. Fiesta kini menjadi model kompak terlaris di pasaran Eropah bagi tempoh tiga tahun sejak empat tahun yang lepas. Pada waktu itu, lebih daripada 1.7 juta unit Fiesta telah terjual di Eropah dan 2.1 juta unit di pasaran global. Merentasi Eropah, Frozen White terbukti menjadi warna paling popular di kalangan pelanggan Fiesta.
Ketika ini Ford telah melancarkan model baharu Fiesta di Eropah, model yang menerima perubahan rekaan di bahagian luaran dan dalaman, di samping menawarkan enjin petrol 1.0 liter EcoBoost yang menerima anugerah “2012 International Engine of the Year”.
Menurut data dari Ford, versi Teknologi ECOnetic yang dikuasakan enjin diesel 1.6 liter Duratorq TDCi mencapai paras emisi CO2 serendah 87 g/km. Antara ciri-ciri yang dibekalkan untuk model baharu Fiesta termasuklah teknologi MyKey, Ford SYNC, SYNC Emergency Assistance dan Active City Stop.
Yamaha Motor Indonesia lancar Xeon RC
Pada pertengahan Januari yang lalu, Yamaha Motor Indonesia telah melancarkan model baharu yang dilengkapi sistem transmisi automatik, Yamaha Xeon RC. Model skuter berkenaan dikuasakan enjin 125cc empat lejang dengan ciri sejukan cecair.
Model semasa Xeon dilancarkan pada tahun 2010 dan mencatatkan jualan kira-kira 360,000 unit di Indonesia. Selaras dengan usaha Yamaha untuk menghasilkan produk lebih kompetetif di rantau ASEAN dengan dilengkapi sistem suntikan bahan api, Xeon RC dipasangkan sistem suntikan bahan api YMJET-FI* eksklusif dari Yamaha.
Sebagai tambahan, beberapa ciri baharu turut diperkenalkan untuk meningkatkan tahap kecekapan penggunaan bahan api, tahap pecutan dan prestasi tunggangan keseluruhan. Xeon RC baharu turut tampil dengan penampilan keseluruhan lebih dinamik dan sporty.
Warna-warna yang dipadankan pada Xeon RC berdasarkan konsep “X-TREME SPORT RACING CAR” yang memberikan ekspresi kelajuan dan kuasa yang ada pada model kereta berprestasi tinggi, yang pastinya akan menarik perhatian ramai pelanggan Yamaha di Indonesia.
*YMJET-FI (Yamaha Mixture Jet-Fuel Injection): A fuel injection system employing an auxiliary air intake passage besides the main passage to provide an “air assist” for more efficient mixing of the air and fuel that helps improve fuel economy in the practical use range.
P/s: Adoila....indon pun da ada Scooter pakai Injection.
Kawasaki Z250 baharu kuasai jalan raya!
Kawasaki kini menawarkan model naked baharu Z250, digelar model “street fighter” 250cc yang pertama. Jika model supersport direka untuk menguasi litar, maka model “street fighter” pula adalah “Urban Assault Vehicle”.
Motosikal Kawasaki Z250 menggabungkan prestasi Ninja yang agresif dengan perantara yang direka untuk kawalan maksimum ketika merentasi laluan kota: pakej yang ideal untuk mencuri tumpuan dan menonjol di hutan konkrit. Biarlah “repli-racer” beraksi di litar – bila tiba masa untuk mendominasi bandar, jalanraya adalah milik Z.
Dengan karakter “street fighter”, Z250 menampilkan posisi menerkam ke hadapan. Reka bentuk berat jisim di bahagian hadapan dan “minimalist tail” menggambarkan karakter yang dinamik. Reka bentuk yang gagah ke hadapan menunjukkan gaya Z250 bersedia untuk menerkam, walaupun enjin tidak dihidupkan.
Untuk tidak disamakan dengan motosikal biasa, Z250 memiliki tahap kemasan tersendiri yang membezakan ia daripada model “naked” lain. Reka bentuk badan yang sempurna, cat yang menarik dan berkualiti serta perhatian yang tinggi pada setiap perincian memastikan Z250 kelihatan mengagumkan daripada jauh mahupun dekat.
Kredibiliti dinilai melalui prestasi. Dengan enjin berkembar selari yang dominan dan kerangka litar sama seperti Ninja 250 yang baharu, Z250 menawarkan pakej prestasi yang terbukti. Kuasa tarikan pendikit akan jelas terasa perbezaannya daripada model “naked” yang lain, memastikan Z250 sentiasa di hadapan saingan.
Kombinasi kawalan yang tangkas, kedudukan menunggang yang menegak dan bar handel yang lebar memberikan posisi ideal untuk tunggangan dinamik – memberi kelebihan ketara ketika merentasi jalan raya kota. Dengan enjin berasaskan Ninja dan kerangka yang berprestasi, penunggang Z250 yang mahir tidak boleh ditandingi di bandaraya.
Kia pro_cee’d GT dan cee’d GT bakal muncul di Geneva Motor Show 2013
Kia akan memperkenalkan model baharu yang buat pertama kalinya memberi fokus terhadap prestasi sebenar – Kia pro_cee’d GT dan cee’d GT – dengan kemunculan rasmi kedua-dua model itu ditetapkan di Geneva Motor Show 2013 pada 5 Mac depan.
Model berkenaan direka di Eropah di bawah pengawasan Presiden dan Ketua Pegawai Reka Bentuk, Peter Schreyer, jadi tidak hairanlah penampilan luarannya setakat ini kelihatan begitu anggun dan berani, dilengkapi lampu LED nyala siang hari, paip ekzos berkembar, kusyen Recaro, rim aloi 18 inci dan kaliper brek berwarna merah yang pantas mencuri pandangan.
Enjin petrol 1.6 liter GDI yang menjana model berkenaan menghasilkan kuasa setinggi 204 PS dan tork 265 Nm, disalurkan ke jalan raya melalui kehadiran transmisi manual enam kelajuan, membolehkan pro_cee’d GT dan cee’d GT memecut pantas dari 0 ke 100 km/j dalam tempoh hanya 7.9 saat.
Menurut Kia, ahli keluarga baru tersebut dijadualkan pengeluarannya di Kilang Zilina yang beroperasi di Slovakia dalam pertengahan Mei tahun ini. Kia pro_cee’d GT dijangka akan mula dijual di pasaran UK pada pertengahan tahun, sebelum disertai oleh model cee’d GT mulai penghujung 2013.
Warna pink untuk Kia Picanto
Kia telah menambah pilihan warna baharu pink untuk model Picanto di pasaran UK, dikenali dengan nama ‘Fuchsia Blush’ yang terdapat pada model lima pintu.
Selain warna pink, turut boleh didapati ialah pilihan warna putih ‘White’ untuk model tiga pintu, bagi menggantikan model dengan spesifikasi paling atas ‘Halo’ dan ‘Equinox’.
Model teratas ‘White’ dilengkapi rim aloi 15 inci, sistem Engine Start/Stop dengan Smart Entry, termasuk Bluetooth, penyaman udara automatik dan reverse sensor.
Untuk pasaran UK, harga Picanto ‘White’ bermula dari £11,745 untuk model 1.25 84bhp 5-kelajuan manual ISG, dan £12,345 untuk model 1.25 84bhp 4-kelajuan automatik.
Aston Martin Vanquish Centenary Edition
Jenama mewah itu hanya akan mengeluarkan sebanyak 100 unit model dengan spesifikasi Centenary Edition yang boleh didapati di pasaran seluruh dunia, bagi setiap barisan model seperti berikut : V8 Vantage, DB9, Rapide dan Vanquish.
Bagi yang berminat, model Centenary Edition kini sudah boleh ditempah melalui semua 146 pengedar Aston Martin di 44 buah negara di seluruh dunia
Sabtu, 2 Februari 2013
Posted by Jobseekers
Audi RS 7 Sportback tampil elegan & ekstrem
Model baharu Audi RS 7 Sportback membuat kemunculan pertama di North American International Auto Show (NAIAS) 2013, tampil dengan reka bentuk keseluruhan yang elegan namun dibekalkan sistem penjana kuasa yang ekstrem.
Menurut pengeluarnya, model Sportback dalam kelas eksekutif itu mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam tempoh hanya 3.9 saat, dengan kelajuan maksimum direkodkan sehingga hampir 305 km/j jika mengaktifkan pakej Dynamic plus.
Audi RS 7 Sportback menggunakan enjin V8 4.0 liter TFSI yang baru-baru ini diumumkan untuk model RS 6 Avant, dengan keupayaan menghamburkan kuasa setinggi 560PS@5,700-6,700rpm dan 700Nm@1,750-5,500rpm hasil bantuan dua unit pengecas turbo.
Enjin tersebut dipadankan transmisi tiptronic lapan kelajuan yang disempurnakan oleh kehadiran sistem pacuan semua roda quattro bersama-sama ciri sport differential. RS 7 Sportback tersedia untuk tempahan di pasaran UK mulai musim panas 2013, dengan tawaran harga £84,000 OTR.
Penampilan pertama Lexus IS serba baharu
Model yang dibangunkan serba baharu sepenuhnya Lexus IS telah membuat kemunculan pertama untuk dunia di North American International Auto Show (NAIAS) 2013 di Detroit, dengan jadual pelancarannya di pasaran UK pada musim panas akan datang.
Barisan model yang dipertontonkan kepada pengunjung termasuklah model IS dengan sistem hibrid penuh, IS 300h, bersama-sama model yang dikuasakan enjin petrol IS 250. Kedua-dua versi hadir dengan sistem pacuan roda belakang dan akan tersedia dengan pilihan pakej Lexus F Sport.
Di bawah berikut merupakan petikan daripada siaran akhbar yang dikeluarkan oleh Lexus UK mengenai spesifikasi Lexus IS serba baharu untuk pasaran di sana;
New IS in the UK
New IS equipment and technical specifications and other information specific to the UK market models will be announced at a later date.
Renault perkenal Captur, kemunculan rasmi di Geneva Motor Show 2013
Renault memperkenalkan Captur, sebuah model crossover urban baharu yang berkongsi platform sama seperti model Clio baharu. Ia didakwa menawarkan keseronokan pemanduan bagaikan sebuah kenderaan dalam segmen B.
Merupakan model crossover urban pertama yang dihasilkan oleh Renault, Captur turut dikatakan memiliki ciri-ciri dinamik pada tahap terbaik, daripada pengawalan di jalan raya kepada maklum balas enjin dan pengendalian yang tangkas.
Enjin petrol dan dieselnya mendapat manfaat secara terus daripada teknologi paling terkini Renault, dan memberikan pulangan terbaik dari segi penjimatan bahan api dan pengeluaran emisi CO2, bermula serendah dari 96g/km.
Renault Captur akan dikeluarkan dari kilang Valladolid milik Renault di Sepanyol dan akan diperkenalkan secara rasmi di Geneva Motor Show 2013 pada bulan Mac akan datang.




















































