TIV MPI RESOLUTION : KAPAL DENGAN 6 KAKI

Penghasilan tenaga elektrik dengan menggunakan bahan api fossil menghasilkan pencemaran disamping menggunakan bahan api yang semakin mahal. Oleh itu di negara-negara maju sumber elektrik alternatif yang lebih mesra alam dan future proof mula dibangunkan dengan giat. Di Jepun pembinaan "ladang angin" yang dipenuhi kincir udara adalah alternatif yang sedang dipertimbangkan bagi menggantikan loji kuasa nuklear seperti Fukushima yang didapati mudah bahasa paska gempa bumi. Projek di Jepun masih dalam perancangan tetapi di Britain projek peminaan ladang kincir udara untuk menghasilkan elektrik pada skala besar sudah dilakukan sejak 2004.

Bagi membina ratusan kincir angin ini ditengah-tengah lautan anda memerlukan kapal khas dan kapal khas ini ialah TIV MPI Resolution. TIV MPI Resolution ialah kapal yang boleh berubah menjadi platform pembinaan di atas lautan kerana ia dilengkapi 3 pasang kaki. Terdapat beberapa lagi kapal platform pembinaan sepertio TIV MPI Resolution tetapi kesemuanya hanya mempunyai 2 pasang kaki. Kelebihan TIV MPI Resolution berbanding pesaing ialah ianya lebih besar, lebih stabil dan lebih mudah "berdiri" di atas permukaan laut.


Kapal seberat 4857 tan ini dibina khas bagi tujuan pembinaan beberapa ladang tenaga kincir udara di Britain. Ia siap dibina pada tahun 2003 dan ia diperkasakan 4 enjin diesel dengan output gabungan 10 000 kuasa kuda. TIV MPI Resolution masih digunakan secara aktif membina beberapa lagi kincir udara di tengah lautan bergelora Britain





Jumaat, 28 Mac 2014
Posted by Jobseekers

RILAKKUMA : RIM KERETA PALING CUTE

Rim kereta biasanya dicipta untuk membuatkan kereta anda kelihatan agresif ataupun memberikan impression bahawa anda ialah seorang bapa ayam yang terkaya di desa. Ada rim kereta yang mempunyai spinners yang berputar walaupun tayar tidak berputar dan ada rim yang direka bagi menunjukkan caliper brek berjenama anda. Di Jepun sudah ada rim kereta yang membuatkan kereta anda kelihatan comel. Rilakkuma ialah watak beruang kartun comel yang popular di Jepun dan kini ianya menghiasi rim kereta sebesar 14 dan 15 inci. Harga sebuah rim comel ini bermula dari  Yen 16 200 (RM 528) dan sekirnya anda mahukan rim yang comel belilah dan menjadi pelopor kegilaan rim kereta comel di Malaysia. Ada rim comel lebih best dari pakai rim douchebag pada Proton Wira cabuk yang perasan ianya sebuah Evo III.




Posted by Jobseekers

Perompak Yang Dirompak Balik....


Ini ialah kelakar yang melibatkan seorang perompak di Texas USA.  Larry Poulos ditangkap anggota polis Dallas selepas merompak sebuah bank. Beliau dilaporkan merompak Bank Educational Employees Credit Union dengan mengugut mengatakan beliau mempunyai bom yang boleh diletupkan bila-bila masa. Pekerja bank yang panik menyumbatkan beberapa longgokan wang kertas ke dalam sebuah beg. Larry kemudian pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Ketika dalam perjalanan pulang wang kertas yang dibawa beliau terkeluar dari beg yang dibawa beliau. Ini menimbulkan syak wasangka orang ramai yang melaporkan kejadian ini kepada pihak polis. Pihak polis kemudiannya diberitahu Larry tinggal di sebuah apartment tidak jauh dari bank yang dirompak. Setibanya di rumah suspek, polis menemui Larry yang tercedera dengan luka pada bahagian kepala. Beliau terus ditahan dan disahkan sebagai perompak bank bedasarkan klip CCTV yang diberikan oleh pihak bank. Selepas ditangkap beliau berkata beliau dirompak dua orang lelaki selepas tiba di rumah. Beliau sudah di rompakception. Larry kini menunggu untuk dibicarakan kerana merompak bank. Dua orang suspek yang merompak beliau di rumah masib belum berjaya ditangkap.





Selasa, 25 Mac 2014
Posted by Jobseekers

Awesome flight Sim

Ramai yang kagum dengan setup flight sim Kapten Zaharie Ahmad Shah. It was impressive pasal siap dengan beberapa skrin 24" Dell dengan kemampuan skrin sesentuh. Ianya epik tetapi masih tidak seepik yang dimiliki oleh John Davis yang berasal dari Coventry England. Beliau menghabiskan 8 tahun dan GBP 15 000 bagi membina simulator 747 yang paling tepat dengan kokpit sebenar. 







Yang rare Honda NM4 Vultus

Di Pameran Motosikal Osaka tempohari Honda memperlihatkan konsep Honda NM4 Vultus mereka. Ianya ialah konsep motosikal masa hadapan mereka yang mempunyai rekaan ala motosikal Tetsuo dair animasi Akira. Terdapat dua versi. NM4-01 berwarna hitam manakala NM4-02 bewarna putih dengan tempat menyimpan barang pada bahaguan belakang. Ia diperkasakan enjin 745 CC dua silinder serta sistem paparan LCD untuk menunjukkan kelajuan dan prestasi enjin. 


Add caption


Posted by Jobseekers

Fast and Furious 7 akhiri penggambaran

FAST AND FURIOUS 7



Apabila pelakon utama francais Fast & Furious Paul Walker meninggal dunia dalam kemalangan kereta pada bulan November lalu, sambungan seterusnya, Fast and Furious 7, sudah pun berada dalam pembikinan dan sepatutnya dijadualkan untuk keluar 11 Julai tahun ini.

Selepas pembikinan filem ini diberhentikan seketika, sementara Universal Studios memikirkan bagaimana untuk mengisi babak-babak selebihnya yang ada Walker, penulis skrip telah menulis semula skrip asal. Tidak lama kemudian, penggambaran disambung semula. Tentu ada yang tertanya bagaimana Universal Studios menyelesaikan masalah ini, bukan?

The New York Daily News melaporkan bahawa baki adegan Walker dalam filem itu akan ditangkap dengan menggunakan empat “body doubles”, yakni empat orang yang memiliki tubuh fisikal yang hampir sama dengan Walker, untuk digunakan bagi babak yang mempunyai pergerakan, dengan muka dan suara Walker ditindih menggunakan CGI. Wow, kedengaran mencabar!

Skrip baru ini memaparkan watak detektif FBI Brian O’Connor tidak mati, tetapi sebaliknya memilih untuk bersara. Filem ini dijangka akan dikeluarkan pada 10 April 2015. Nantikan.
Isnin, 24 Mac 2014
Posted by Jobseekers

B5 Biodiesel akan dijual seluruh negara bermula 1 Julai 2014


biodiesel b5 arenakereta new



Bermula dari 1 Julai, semua stesen minyak di negara ini akan mula menjual B5 biodiesel, apabila mandat Kerajaan untuk bahan api ini berkuat kuasa. Pengumuman ini dibuat awal minggu ini oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Datuk Seri Douglas Uggah Embas , yang memberitahu pemberita bahawa semua 3,877 stesen di negara ini akan menjual bahan api itu selepas ini .

Minyak B5 biodiesel yang berasaskan sawit , iaitu gabungan 95% diesel petroleum dan 5% biodiesel minyak sawit merupakan sebuah program yang telah bermula sejak 1 Jun 2011, apabila enam stesen di Putrajaya mula menjual bahan api jenis ini. Ia kemudiannya diperkenalkan di Melaka , Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur pada tahun yang sama, dan diikuti Johor pada Julai tahun lepas.

Liputan telah diperluaskan kepada Wilayah Timur Pahang, Terengganu dan Kelantan pada Februari tahun ini , dan kini program ini telah tiba di Wilayah Utara , di mana 789 stesen di Perak, Kedah , Perlis dan Pulau Pinang akan melaksanakan mandat bulan ini. Fasa terakhir program B5 akan berlaku pada bulan Julai, apabila ia diperkenalkan di Sabah, Sarawak dan Labuan, mengikut Datuk Seri Douglas Uggah Embas .

Berikutan pengenalannya di seluruh negara biodiesel B5 , kerajaan bersedia untuk memberi mandat penggunaan biodiesel B7 – yang meningkatkan peratusan biodiesel minyak sawit dalam campuran untuk 7% – pada Januari 2015.
Memetik daripada satu artikel oleh Biodiesel Magazine pada 25 Julai 2013, KPPK berkata program biodiesel telah menyumbang kepada peningkatan 44 peratus dalam pengeluaran biodiesel sawit, dari 173.220 tan (52 juta gelen) pada tahun 2011 kepada 249,213 tan (75 juta gelen) pada tahun 2012, di samping membantu menstabilkan harga minyak sawit mentah melalui peningkatan biodiesel permintaan.
biodiesel launch

Mungkin ada yang tertanya, mengapa diperluaskan penggunaan Biodiesel, tidak diperkenalkan Diesel Euro4 seperti yang digunakan di Eropah. Bagi kami, salah satu jawapannya ada di perenggan di atas, di mana penggunaan biodisel (oleh kerana terdapat campuran minyak sawit) secara tidak langsung akan meningkatkan ekonomi negara. Biodiesel di negara lain menggunakan ada yang berasaskan minyak bunga matahari, jagung dan sebagainya. Dan apa yang ramai tidak tahu, harga Diesel Euro4 di luar negara lebih mahal daripada harga petrol mereka. 

It`s Bond An Icon

Setiap siri filem James Bond akan didatangkan dengan versi kereta yang berlainan. Bagi peminat filem James Bond tentunya akan menantikan jenis kereta yang akan digunakan oleh James Bond dalam filem tersebut.

1

0

2

3

4

5

6

7

8

Sabtu, 22 Mac 2014
Posted by Jobseekers

Ferrari Land, taman tema kedua Ferrari bakal dibuka di Spain


ferrari land

Ferrari Land, taman tema kedua Ferrari bakal dibuka di Spain

Jika anda seorang peminat Ferrari dan sedang mencari tempat untuk percutian anda yang seterusnya , Itali tempat pasti untuk anda pergi . Ada ibu pejabat , kilang, muzium dan trek ujian Ferrari di Maranello , Muzium Enzo Ferrari baru di Modena , dan litar yang dinamakan untuk Enzo dan Dino Ferrari di pinggir bandar Bolognese berhampiran Imola . Masalahnya ialah , selain dari melihat koleksi kereta klasik, yang sesetengah daripada kita berkemungkinan tidak minat , anda mungkin mendapati bahawa tidak banyak yang boleh dilakukan di sana. Terutamanya jika anda hendak pergi bercuti dengan keluarga anda.
Itulah di mana Ferrari World datang memenuhi percutian anda. Taman Tema Abu Dhabi membolehkan kanak-kanak dan orang dewasa menaiki kereta-kereta Ferrari, membeli belah di kedai-kedai Ferrari, makan di restoran Ferrari dan melihat pertunjukkan Ferrari .
ferrari land

Apabila Ferrari World di Abu Dhabi mula-mula dibina, dunia telah mengatakan bahawa ia tidak akan menjadi taman tema seperti yang dirancangkan , tetapi kini syarikat ini telah mengumumkan sebuah lagi taman tema bakal dibina . Usah risau, taman tema kedua ini yang dipanggil Ferrari Land tidak akan mempunyai perbezaan ketara seperti perbezaan antara Disneyland di California dan Walt Disney World di Florida.
ferrari land


Nampak menarik, bukan? Ada peminat Ferrari yang teruja ke sana nanti?

Posted by Jobseekers

Afla Romeo bawakan 4C Spyder ke Geneva

Dengan Geneva Motor Show semakin dekat, syarikat pengeluar kereta Eropah berlumba-lumba memberikan info kereta yang akan mereka bawa ke pameran itu. Info terbaru daripada Autoblog mengatakan  bahawa Alfa Romeo telah menyediakan 4C versi convertible yang bakal dilancarkan di ekspo automotif besar di Switzerland minggu hadapan.

4C Spider dikatakan menggabungkan beberapa perubahan daripada versi coupe berbumbungnya sebelum ini (gambar). Ia akan mempunyai panel bumbung boleh tanggal (peminat Porsche mungkin kenalinya sebagai “Targa”) bersama-sama dengan sepasang roll gelung gentian karbon yang dilekatkan di belakang tempat duduk “bucket”. Dipasangkan enjin output tinggi 1.75 liter turbo empat, pasti Alfa Romeo 4C Sypder ini memberikan satu pengalaman berbeza.

Menurut Autoblog, masih belum ada berita sahih jika kereta itu akan dipamerkan dalam bentuk kereta konsep atau model pengeluaran, tetapi desas-desus dari Itali mengatakan bahawa 4C Spider akan menampilkan reka bentuk lampu dan satu set rim berbeza dengan yang sedia ada kini.

Sila ambil perhatian bahawa galeri di bawah ini merupakan 2014 Alfa Romeo 4C, bukannya 4C Spyder. Nantikan galeri 4C nanti di Geneva ^^.










Khamis, 27 Februari 2014
Posted by Jobseekers

Volvo Estate – gambar2 tertiris

Di bawah beltline , Volvo Estate menyamai rupa bentuk Konsep Coupe yang dipamerkan di Frankfurt lepas, memiliki lampu berbentuk T dan luas jeriji segi tempat yang lebar. Walau bagaimanapun, bahagian atas beltline lebih mengujakan. Bumbung kacanya panjang, dan kelihatan bahagian belakangnya luas ditolak jauh ke belakang.  Anda boleh perhatikan gambar di bawah, memang lain daripada lain.








Di ruang kabin pula, Volvo Estate diperkemaskan dengan interior ala Scandanavia, dibalut dengan kulit putih, tali pinggang keledar dan permaidani oren dan fabrik kotak-kotak unik di sebahagian belakang kerusi.
Posted by Jobseekers

JPJ Melaksanakan MyLesen April Ini

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan program MyLesen di setiap negeri bermula April ini bagi mengurangkan jumlah penunggang yang tidak memiliki lesen motosikal.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata melalui program itu, pihaknya akan memperkenalkan Kurikulum Pendidikan Pemandu bagi ujian tahap satu baharu yang lebih jelas serta objektif dan berbeza dengan silibus lama.

“JPJ akan bekerjasama dengan sekolah memandu untuk melaksanakan program itu selama tiga bulan di setiap negeri. Satu negeri akan mengadakan satu program MyLesen sebagai pilot projek,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutupan program 1Komuniti 1JPJ (SKSJ) Parlimen Bagan Datoh di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari yang disempurnakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Beliau berkata pada masa sekarang sebanyak 3.35 juta orang berusia 16 tahun ke atas tidak memiliki lesen untuk memandu apa sahaja jenis kenderaan di negara ini.

Setiap negeri masing-masing akan melaksanakan satu program MyLesen pada peringkat awal sebelum diperluaskan ke seluruh negara selepas JPJ membuat penambahbaikan berkaitan kelemahan serta kelemahan program berkenaan, katanya.

Ismail berkata selain MyLesen, JPJ juga akan melancarkan Kadet JPJ di sekolah mulai April dalam usaha untuk mendidik generasi muda mengenai isu-isu keselamatan jalan raya.

“Modul untuk Kadet JPJ juga akan kita berikan yang turut merangkumi etika ketika berada di jalan raya. Setiap negeri akan mempunyai sebuah sekolah melaksanakan program ini sebelum kita membuat penilaian untuk diperluaskan ke seluruh negara,” katanya.

Selain itu beliau berkata JPJ akan meneruskan program SKSJ untuk membantu golongan berusia 45 tahun ke atas tidak memiliki lesen kerana jumlah mereka masih tinggi.

Sebanyak 45 program SKSJ seluruh negara akan dilaksanakan dan sejak diperkenalkan pada 2009 sehingga tahun lepas sebanyak 60,794 orang mendapat manfaatnya, katanya.

Semua usaha yang dilaksanakan JPJ adalah untuk membantu orang ramai memiliki lesen dan dilindungi perlindungan insurans jika berlaku kemalangan terhadap mereka, katanya. – Bernama
Ahad, 23 Februari 2014
Posted by Jobseekers

Mari Kita Bercerita Tentang Bateri Kereta


Bateri kereta – bila kita perlu tukarnya?
Bateri kereta , komponen senyap pasukan automotif kita. Ia melakukan tugasnya tanpa mengira panas, dan sejuk. Walaupun bateri yang membolehkan enjin kereta dihidupkan seawal kunci kereta dimasukkan adalah satu perkara yang mengembirakan, namun, ia tidak kekal selamanya .

Malah , bergantung kepada di mana kita tinggal dan bagaimana kita memandu, keadaan sistem pengecasan kita, dan beberapa faktor lain , bateri kereta di Malaysia mampu bertahan kira-kira 2 tahun secara purata. Dan apabila ia “kong”, biasanya tanpa apa-apa tanda, kereta kita tidak dapat dihidupkan.

Walaupun asid plumbum dalam bateri kereta tidak banyak berubah dalam 100 tahun yang lalu , ia masih sukar diperiksa semasa penyelenggaraan rutin. Alat penguji bateri biasa buat masa ini masih tidak boleh membaca kerumitan kimia yang berlaku di dalam bateri . Sebaliknya , alat ini hanya menyediakan satu bentuk gambaran bateri pada masa yang ia sedang diuji – tanpa mengira konteks komposisi kimia bateri sebelum atau selepas ujian.

Jadi apa yang dapat kita simpulkan di sini ialah kita mempunyai kira-kira dua tahun sebelum bateri kita “kong”, atau pun mungkin lebih awal dari itu.

Jangka hayat biasa Bateri Kereta
Apabila bercakap pasal penyelenggaraan kenderaan, “biasa ” adalah ditentukan oleh beberapa faktor yang wujud dalam teori tetapi jarang berlaku. Sebagai contoh , bateri yang mempunyai jangka hayat purata dua hingga empat tahun di bawah keadaan biasa. ” Normal” dalam kes ini bermakna bateri akan melalui kitaran cas penuh, tidak tertakluk kepada suhu yang melampau , dilampirkan kepada sistem mengecas dipercayai dan konsisten dan tidak menyediakan kuasa untuk satu tan aksesori. Lihat , normal adalah tidak normal ! Dalam dunia sebenar , suhu melampau , getaran, perjalanan pendek dan jumlah peranti dalam kereta semakin meningkat seperti pemain MP3, penerima GPS dan peranti lain mengambil jus daripada bateri.

Jika kita biasa lihat bateria kereta asid plumbum bebas penyelenggaraan , adalah mudah untuk kita fahami mengapa faktor-faktor ini menjejaskan hayat bateri biasa. Di dalam kotak plastik itu terdapat plat plumbum dan plumbum dioksida. Plat yang tergantung dalam campuran air dan asid sulfurik , yang menghasilkan campuran untuk elektrolisis . Cecair ini membolehkan elektron mengalir antara plat , yang kita kenali sebagai elektrik, karen, cas atau kuasa bateri.

Pelbagai faktor boleh mengganggu tindak balas kimia ini. Getaran dari perjalanan kasar atau bateri yang tidak dipasang dengan betul boleh bergoncang lalu melonggarkan dan merosakkan plat. Haba yang melampau mempercepatkan tindak balas kimia, memendekkan hayat bateri, manakala suhu sejuk melampau pula kadang-kadang boleh memanjangkan hayat bateri dengan memperlahankan tindak balas ini. Inilah sebabnya mengapa sesetengah bateri dilindungi oleh sarung penebat untuk mengekalkan suhu yang melampau. Tidak hairan mengapa di sesetengah negara yang sejuk, baterinya boleh tahan empat tahun, tetapi di Malaysia, bateri tahan setahun setengah pun sudah cukup baik, bukan?

Pemanduan juga boleh menjejaskan tindak balas ini. Menghidupkan kereta mengambil sentakan besar tenaga elektrik , jadi sistem pengecasan perlu masuk campur untuk menambah kuasa bateri. Jika kita melakukan perjalanan pendek (ke kedai runcit tepi rumah) dan berterusan melakukan banyak perjalanan seperti ini , bateri tidak dapat dicas sepenuhnya. Keadaan “undercharged” yang berterusan menghasilkan stratifikasi asid. Di dalam bateri, campuran elektrolisis pergi dari komponen yang sama. Separuh atas cecair adalah asid ringan, di bahagian bawah pula adalah asid berat. Lapisan asid ringan akan mula mengakis plat , dan cecair asid berat akan mula mengimbangi keperluan elektrik kereta dengan bekerja lebih kuat daripada apa yang ianya direka untuk bekerja . Hasilnya adalah hayat bateri yang lebih pendek, walaupun bateri masih dipaparkan bekerja seperti biasa di papan pemuka atau alat penguji bateri.

Tanda-tanda Bateri Kereta yang bermasalah
Tanda yang paling jelas ialah bateri yang mati, kong . Walau bagaimanapun, kerana bateri adalah sebahagian daripada sistem yang lebih besar berkaitan dengan bahagian-bahagian lain dalam kereta, bateri yang mati mungkin menunjukkan masalah yang lebih mendalam daripada ketiadaan cas. Jika terdapat sesuatu yang tidak kena dengan komponen lain dalam sistem elektrik, contohnya alternator yang lemah, akan menyebabkan bateri mengeluarkan output tenaga yang kurang daripada yang sepatutnya.

Cara terbaik untuk menguji bateri adalah dengan penguji elektronik yang boleh didapati di kedai-kedai automotif dan juga kedai auto . Dipasangkan ke bateri, penguji elektronik ini memberikan gambaran keadaan semasa bateri. Ujian ini perlu dijadikan sebahagian daripada penyelenggaraan rutin dan sepatutnya dilakukan setiap kali kita tukar minyak hitam .

Bateri itu sendiri memberi petunjuk lain menjelang kematiannya. Yang pertama ialah umur. Jika bateri berusia lebih daripada setahun, kita boleh jangkakan masalah akan timbul. Kedua, lihat cara pemanduan anda. Ingat, perjalanan pendek dan jangka masa yang tidak aktif akan mengurangkan jangka hayat bateri. Ketiga, lihat bateri itu sendiri. Kakisan atau kotoran bermakna terdapatnya kebocoran. Jika bateri dilindungi penutup, keluarkannya sekali-sekala untuk melihat apa yang berlaku di bawahnya. Jangan lupa untuk memeriksa pembentukan sekitar terminal juga. Kita boleh membersihkan pembentukan itu dengan baking soda dan air, dan jangan lupa untuk memakai sarung tangan semasa bekerja. Ingatlah bahawa campuran elektrolisis adalah asid sulfurik , yang tidak lembut pada kulit. Akhir sekali , cuba hidu bau bateri. Beri perhatian kepada bau yang seakan-akan bau telur busuk( sulfur) atau bau  bateri yang terlampau panas (hangit).

Semoga nukilan info ini memberi manfaat sedikit sebanyak kepada warga JZTR. Jumpa lagi di nukilan info yang lain!
Posted by Jobseekers
Tag :

Recall ke atas Toyota Prius (Sofrware Fault)

Toyota telah mengumumkan panggilan semula ke atas 1.9 juta Prius hibrid seluruh dunia disebabkan kegagalan perisian (software fault) yang mana bakal menyebabkan kenderaan tersebut hilang kuasa dan menjadi perlahan secara tiba-tiba.

Dengan pengumuman itu, di Malaysia sebanyak 6,160 unit Toyota Prius 1.8 buatan dari 2009 sehingga 2013 turut terlibat dengan UMW Toyota akan menjalankan kempen servis istimewa tersebut – panggilan semula (recall).

Recall ini berkenaan dengan isu  beberapa perisian karakteristik yang digunakan untuk mengawal boost converter di dalam inverter yang mana jika berlaku gangguan ke atasnya mengakibatkan beberapa lampu amaran akan menyala dan kereta tersebut akan memasuki mode keselamatan yang palsu. Ini akan menyebabkan sistem hibrid akan tertutup (shut down), kereta akan hilang kuasa dan menjadi perlahan secara tiba-tiba.

Jelas Toyota, tiada kes kemalangan atau kecederaan yang disebabkan daripada perkara tersebut dilaporkan.

Namun Toyota akan tetap membuat panggilan semula ini bagi memastikan kenderaan pelanggan-pelanggan mereka berada di dalam keadaan terbaik dan selamat. Prius yang telibat akan menjalani proses di mana perisian untuk Motor Generator Control ECU dan Power Management Control ECU akan diprogramkan semula.

Pemilik-pemilik Toyota Prius yang terlibat akan dihubungi pihak UMW Toyota untuk menjalani program ini tanpa sebarang kos yang akan dikenakan.



Ahad, 16 Februari 2014
Posted by Jobseekers

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -