Tu Dia no......Proton Preve ‘hatchback’ sudah mai.....


Sewaktu sidang media memperkenalkan dua model baharu Proton di Australia International Motor Show (AIMS) 2012 baru-baru ini, Pengerusi Eksekutif Proton Holdings Berhad, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil telah mengesahkan bahawa model Preve dalam versi ‘hatchback’ akan diperkenalkan di pasaran Australia mulai awal 2014.

Melihat kepada kenyataan tersebut, Preve hatchback dijangka akan dilancarkan di pasaran Malaysia paling lewat pada pertengahan tahun 2013. Ini bermakna versi prototaip model itu bakal dilihat di jalan raya tidak lama lagi. Namun belum dapat dipastikan sama ada Preve hatchback akan dibekalkan kotak gear manual untuk digandingkan bersama enjin CFE.


Menurut beberapa spekulasi awal sebelum ini, Proton telah membuat keputusan untuk tidak memperkenalkan Preve hatchback CFE versi manual atas alasan permintaan pasaran yang kurang untuk kereta jenis tersebut. Sebagai pembuat kereta, Proton perlu mengutamakan keuntungan berbanding mengeluarkan kereta dalam pasaran ‘niche’ yang sukar memberikan pulangan modal.

Walau apa pun spekulasi yang timbul, prototaip Preve hatchback antara model yang dinantikan-nantikan kemunculannya di jalan raya ketika ini. Jika bernasib baik, kita boleh melihat gambaran awal reka bentuk Preve hatchback dalam tempoh masa 2 atau 3 bulan lagi. Sehingga itu, adakah Proton Preve hatchback mempunyai reka bentuk sama seperti gambaran imej di bawah?





Selasa, 23 Oktober 2012
Posted by Jobseekers

Bagus ni.....PLUS perkenal bengkel bergerak


SEREMBAN - Konsesi lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mewujudkan perkhidmatan bengkel bergerak (WOW) bagi memberi perkhidmatan lebih efisien dalam membantu pengguna lebuh raya yang menghadapi kerosakan kenderaan.

Ketua Pegawai Eksekutif PLUS, Datuk Noorizah Abd. Hamid berkata, inisiatif itu yang merupakan khidmat sokongan kepada perkhidmatan PLUSRonda sedia ada bertujuan mengelak pengguna lebuh raya daripada menjadi mangsa penipuan trak penunda haram dan bengkel tidak bertanggungjawab yang mengenakan caj melampau.

"Sebelum ini ada pengguna lebuh raya yang mendakwa bahawa mereka diperdaya oleh kumpulan terbabit dengan mengenakan caj bayaran yang tinggi serta melampau ketika mereka mengalami kesulitan di lebuh raya.

"Justeru kita yakin inisiatif WOW ini sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah tersebut sekali gus menjadi langkah proaktif kami untuk melindungi pengguna lebuh raya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan WOW di kawasan Rehat dan Rawat (R&R ) Seremban di sini semalam.


Posted by Jobseekers

Masyuk....Kafa tetap tunaikan


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan menunaikan janji mereka untuk menghadiahkan lot tanah kepada barisan pemain The Red Warriors (TRW) selepas mereka berjaya menjulang kejuaraan trebel musim ini.

Naib Presiden Kafa, Rosmadi Ismail berkata, bagaimanapun pihaknya masih belum membuat keputusan mengenai lokasi lot tanah yang akan diberikan kepada pemain atas kejayaan tersebut.

Menurutnya, keputusan mengenai lokasi lot tanah berkenaan akan diputuskan dalam mesyuarat pengurusan sebaik sahaja Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa pulang daripada mengerjakan haji pada hujung bulan ini.

"Buat masa ini Kafa sedang mengenal pasti lokasi terbaik untuk dijadikan lot tanah bagi diagihkan kepada barisan pemain The Red Warriors.

"Kita akan tunaikan apa yang telah dijanjikan kepada pemain sebagai menghargai pengorbanan yang dicurahkan oleh mereka sepanjang kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambahnya, kejayaan merangkul kejuaraan trebel ini cukup manis, dan ia akan menjadi sejarah yang akan dikenang sampai bila-bila oleh pemain dan penyokong Kelantan.

Pada 16 Oktober lalu, akhbar melaporkan bahawa Kafa akan menghadiahkan lot tanah kepada barisan pemain skuad The Red Warriors sekiranya mereka berjaya merangkul tiga kejuaraan termasuk Piala Malaysia.

Perkara tersebut diumumkan oleh Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa dalam majlis perjumpaan dan pembahagian bonus kepada pemain skuad Kelantan selepas mereka layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini.

Difahamkan, setiap lot tanah tersebut dianggar bernilai antara RM60,000 hingga RM80,000 dan dijangka akan menelan perbelanjaan keseluruhan RM2 juta.

Kelantan menutup saingan Liga M musim ini dengan bergaya apabila menjulang tiga kejuaraan iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia, sekali gus melakar kejayaan terbesar dalam sejarah bola sepak di negeri berkenaan.


Kosmo

Aksi pencuri arak dirakam CCTV




KUALA LUMPUR – Sekumpulan lelaki yang melarikan enam botol minuman keras daripada kedai serbaneka, KK Supermart di Batu 5, Jalan Ipoh di sini kelmarin pasti tidak senang duduk apabila aksi mereka telah dirakam oleh televisyen litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.

Dalam kejadian pukul 4.40 pagi itu, tiga daripada enam lelaki itu yang menunggang motosikal masuk ke dalam kedai tersebut untuk membeli 24 tin minuman keras berharga RM120.

Penjaga kaunter kedai yang beroperasi 24 jam itu, Mohd. Fareez Zamri, 18, berkata, kumpulan lelaki berusia sekitar 20-an itu bagaimanapun membayar kurang RM10 daripada harga minuman berkenaan.

“Mereka dengan selamba keluar dari kedai dan saya memanggil mereka supaya menjelaskan baki sebanyak RM10 itu.

“Akibat berang dengan permintaan saya itu, salah seorang lelaki menghampiri saya dan menumbuk muka saya,” katanya di sini semalam.

Kosmo
Posted by Jobseekers

Jimmy Choo dilantik sebagai Profesor UiTM


SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) melantik pereka kasut terkenal dan Duta Genovasi, Datuk Dr. Jimmy Choo sebagai Profesor di atas peranan beliau untuk membantu institusi tersebut melahirkan pereka kasut bertaraf dunia.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, melalui pelantikan itu, Jimmy akan bekerjasama dengan pihak universiti dari semasa ke semasa untuk menyumbang kepakaran beliau dan membawa pakar dalam rekaan kasut dari luar negara ke UiTM.

Menurut beliau, sebagai pereka kasut terkenal yang berasal dari Malaysia, adalah satu kerugian sekiranya UiTM tidak menggunakan kepakaran dan kemahiran Jimmy untuk memberi sumbangan kepada anak tempatan.

"Penganugerahan Profesor yang diberi oleh UiTM kepada beliau menandakan kerjasama yang lebih erat antara UiTM dan Jimmy untuk membawa pakar teknologi rekaan kasut dari luar negara ke UiTM pada masa depan," katanya.


Posted by Jobseekers

JIKA INSTAGRAM MENGHASILKAN KAMERA SEBENAR (11 GAMBAR)

Aplikasi Instagram ialah aplikasi kamera yang paling popular dikalangan pengguna telefon pintar Android dan IOS. Ianya sangat popular sehingga Mark Zuckerberg sanggup membeli syarikat ini dengan harga USD 1 Billion bulan lalu. Selepas dibeli terdapat pelbagai khabar angin yang mengatakan Instagram bakal mengeluarkan kamera fizikal mereka sendiri. Dibawah ialah sebuah konsep kamera Instagram yang dihasilkan oleh ADR Studios. Kamera instagram ini mempunyai bentuk yang sama seperti ikon instagram didalam telefon pintar anda. Gambar yang diambil kemudian boleh dimuat naik ke laman Instagram, Facebook atau dicetak sendiri menggunakan pencetak bina dalam. Idea yang sangat cool. Adakah kamera ini akan dihasilkan? Sebagai seorang pengguna Instagram all I can say is DO WANT!





Kredit-Blogserius
Sabtu, 20 Oktober 2012
Posted by Jobseekers

PANDANG PERTAMA KERETA W03 MERCEDES PETRONAS F1 (9 GAMBAR)

Weird nose....... weird side scoop. To be honest I no longer understand F1 tapi since Petronas taja mari kita lihat kereta Mercedes Petronas W03 untuk kegunaan musim F1 akan datang




Kredit-Blogserius
Posted by Jobseekers

Kelahiran semula Modenas Dinamik??!!


 Dinamik yang dikenali dengan nama Modenas 125 telah dikeluarkan semula untuk jualan oleh Modenas tanpa sebarang promosi. Model tersebut dikeluarkan dalam jumlah terhad dan mendapat maklumbalas yang baik daripada ramai peminat motosikal moped di pasaran tempatan.

Terkini, Modenas dikatakan mengeluarkan kembali motosikal tersebut menggunakan nama asalnya – Modenas Dinamik. Antara ciri-ciri menarik Modenas Dinamik versi 2012/2013 ini ialah ia masih menggunakan enjin dua lejang 120cc yang dipadankan bersama transmisi 6 kelajuan, serta dilengkapi sistem suspensi belakang tunggal ‘monoshock’.

Selain rekabentuknya yang kekal ‘evergreen’ dan kelihatan agresif, ia turut dilengkapi klac tangan manual dan brek cakera di bahagian roda depan dan belakang. Harga yang ditawarkan menurut maklumat awal ialah RM5,749.00, boleh dikatakan kompetetif untuk sebuah motosikal moped dengan pelbagai ciri menarik seperti itu.


Jumaat, 19 Oktober 2012
Posted by Jobseekers

Nissan bersedia untuk penghantaran pertama model kacukan Juke-R


Ada pendapat yang mengatakan adalah mustahil untuk Nissan mengeluarkan sebuah model kacukan di antara Juke dan GT-R, memandangkan kedua-duanya mempunyai reputasi dan reka bentuk yang begitu jauh berbeza.

Tetapi kini impian Nissan yang bermula daripada sebuah model konsep (rujuk di sini) sudah terbukti boleh dilakukan dan menutup mulut pengkritiknya, dengan pengumuman versi pengeluaran pertama Juke-R bernombor #001 siap sedia dihantar kepada pelanggan.

Setakat ini Nissan Juke-R versi pengeluaran telah pun siap dibangunkan dan diuji dilitar, serta turut membuat kemunculan eksklusif di dalam permainan video terbaru Gameloft Asphalt 7: Heat, bersama-sama sebuah lagi model Juke NISMO yang tidak kurang hebatnya.


Nissan Juke-R menggunakan sistem ‘drivetrain’ dan suspensi daripada supercar GT-R, serta penambahan ‘roll-cage’ mengikut spesifikasi FIA. Versi produksinya menghasilkan kuasa 545bhp daripada enjin 3.8 liter ‘turbocharged’, dengan kemampuan mengujakan 0 ke 100 km/j dalam tempoh kira-kira 3.0 saat dan kelajuan maksimum 275 km/j.

Dibangunkan oleh ramai tenaga kerja mahir daripada NTC-E (Nissan Technical Centre Europe), Nissan Juke-R versi produksi itu juga mengalami peningkatan daripada segi penampilan keseluruhan, terima kasih kepada pakar-pakar di Nissan Design Europe yang berpusat di London, UK.


Nissan Juke-R dengan nombor #001 kini sedang dalam perjalanan kepada pemilik pertamanya, sementara model #002 akan siap dibangunkan tidak lama lagi. Harga sebenar model ‘super-exclusive’ Juke-R bergantung kepada spesifikasi yang dimahukan oleh pembeli.

Memandangkan tidak semua mampu memiliki Juke-R yang hanya akan dikeluarkan dalam jumlah terhad, semangat pemanduan yang sama daripada model tersebut masih boleh dimiliki melalui model Juke NISMO, yang mana ianya akan mula dijual di pasaran Eropah pada awal 2013.





Posted by Jobseekers

Pelajar Brazil Lelong Dara Untuk Tujuan Kebajikan



FLORIANOPOLIS, Brazil – Seorang pelajar wanita, Catarina Migliorini bekerjasama dengan seorang pembikin filem dari Australia untuk melelong daranya kepada pembida tertinggi dalam usaha untuk mengumpulkan dana bagi tujuan kebajikan, lapor akhbar dalam talian Huffington Post kelmarin.

Migliorini, 20, setakat ini menerima tawaran tertinggi berjumlah AS$160,000 (RM498,000).

Dia berhasrat menyalurkan wang lelongan itu kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk membina beberapa buah rumah moden di negeri kelahirannya, Santa Catarina.

Gadis itu yang menolak dakwaan dirinya sebagai pelacur berkata, dia percaya pada cinta tetapi menganggap lelongan tersebut sebagai peluang untuk melakukan perubahan positif kepada masyarakat.

Bagaimanapun, tindakan pelajar jurusan pendidikan jasmani itu mengundang kontroversi kerana setiap langkahnya akan diekori seorang kru filem Australia.

Kru itu merakamkan kehidupan Migliorini untuk sebuah dokumentari yang berjudul, Virgins Wanted.

“Saya menganggap melelong dara sebagai satu perniagaan. Saya berpeluang untuk melancong, menjadi sebahagian daripada filem selain mendapat bonus,” kata Migliorini.

“Jika anda melakukannya cuma sekali, anda bukannya seorang pelacur,” tambahnya.

Migliorini menandatangani kontrak untuk projek tersebut dua tahun lalu apabila dia melihat iklan syarikat produksi Thomas Williams yang mencari seorang wanita dara untuk menghasilkan dokumentari tersebut.

Pengarah dokumentari itu, Justin Sisely akan merakamkan emosi Migliorini sebelum dan selepas dia melakukan hubungan seks buat kali pertama.

Pelajar wanita itu akan menerima wang tunai sebanyak AS$20,000 (RM61,130) dan 90 peratus daripada harga lelongan tertinggi yang akan berakhir pada 15 Oktober ini.

Pemenang lelongan tersebut akan menjalani ujian perubatan bagi memastikan dia bebas daripada sebarang penyakit kelamin sebelum dibenarkan meniduri Migliorini.

Mereka akan melakukan hubungan seks di dalam sebuah pesawat yang terbang antara Australia dan Amerika Syarikat bagi mengelak didakwa menerusi undang-undang pelacuran.

Pemenang juga diwajibkan memakai kondom semasa dia melakukan hubungan seks. –

P/s: Macam ni baik kahwin je terus dengan pembida......hadoi..macam2 dunia
Khamis, 11 Oktober 2012
Posted by Jobseekers

Lelaki Botak Lebih Dominan & Sesuai Jadi Pemimpin



Kajian mendapati lelaki botak bersifat lebih dominan, lebih maskulin dan sesuai untuk menjadi pemimpin.

Menurut penyelidik, Albert Mannes, beliau memutuskan untuk membotakkan kepalanya apabila mula mengalami masalah keguguran rambut di usia 30-an dan mendapati ramai yang melayannya dengan cara berbeza dan mula berfikir untuk membuat kajian berhubung senario tersebut.

Dalam ujian pertama, beliau menunjukkan gambar peserta lelaki dengan kepala botak dan peserta yang mempunyai rambut.


Undian jelas memihak kepada si botak dengan statistik yang tinggi berbanding lelaki berambut.

Bagi eksperimen kedua, Mannes menunjukkan seorang lelaki mempunyai rambut dan lelaki sama dengan kepala botak menggunakan teknik Photoshop.

Keputusan bancian itu kemudiannya memihak kepada lelaki botak kerana disifatkan lebih berpotensi untuk berkuasa, berkeyakinan, lebih maskulin dan tinggi sifat kepimpinan.

“Ini menunjukkan lelaki botak mampu memberi mereka rangsangan sosial dan psikologi dan mampu membuka laluan di tempat kerja serta dalam kehidupan,” katanya.

Tetapi, ini tidak bermakna lelaki botak mampu menjadi pemimpin yang baik, ia juga boleh menjadi sebaliknya.

“Orang ramai boleh memberi mereka peluang untuk menunjukkan sifat kepimpinan tetapi proses ini tetap memakan masa dengan melibatkan persepsi sosial di kalangan rakan sekerja, jadi lelaki botak juga mampu merawat masa depan mereka,” ujar beliau.

Jadi, jika lelaki di luar sana mengalami masalah keguguran rambut, Mannes berkata, membotakkan kepala mungkin boleh manjadi altenatif dengan kadar kos yang lebih rendah.

Kredit to:malaysianbite

Rabu, 10 Oktober 2012
Posted by Jobseekers

Honda pamer jentera Rali Dakar di Intermot 2012


Honda telah mempamerkan jentera CRF450 Rally di 2012 International Motorcycle, Scooter and Bike Fair (Intermot 2012) yang diadakan di Cologne, Jerman, iaitu sebuah model yang akan bersaing dalam perlumbaan Rali Dakar bagi musim 2013.

Honda CRF450 Rally dibangunkan berasaskan model perlumbaan enduro CRF450X, di mana ia dilengkapi sistem suntikan bahan api eletronik Honda Programmed Fuel Injection (PGM-FI*) bagi memastikan tahap efisiensi dan ketahanannya.

Honda mensasarkan kemenangan pertamanya di dalam rali dengan menggunakan model yang diasaskan daripada sebuah mesin produksi komersial. Honda pernah mencatatkan lima kemenangan dalam saingan Rali Paris-Dakar sepanjang tempoh 9 tahun bermula 1981 sehingga 1989.




Selasa, 9 Oktober 2012
Posted by Jobseekers

Mitsubishi ASX Euro dengan ciri premium bumbung kaca panorama


Mitsubishi baru-baru ini telah memperkenalkan model edisi terhad Mitsubishi ASX Euro, dengan penampilan eksklusif bumbung kaca panorama berwarna gelap. Antara ciri-ciri lain yang melengkapi model terbabit termasuklah kawalan audio di roda stereng, GPS dengan Bluetooth dan sambungan iPod, spoiler belakang bersaiz besar, tempat duduk pemandu dengan ciri pemboleh ubah 8-cara berkuasa, sensor lampu dan hujan automatik, elemen penggayaan bahagian belakang Euro dan ‘scuff plates’.

Mitsubishi ASX Euro tersedia dalam dua warna luaran – Putih Mutiara (White Pearl) dan Kelabu Titanium (Titanium Gray). Dikuasakan enjin MIVEC 2.0L dengan padanan transmisi INVECS III CVT dan ciri ‘Sports Mode’, ASX Euro hanya dikeluarkan dalam jumlah terhad 200 unit sahaja. Harga yang ditawarkan oleh Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) untuk pendaftaran individu di Semenanjung Malaysia ditetapkan sebanyak RM149,500.00


Posted by Jobseekers

Skim warna baharu CBR untuk final SBK

Pasukan Honda World Superbike akan menggunakan jentera CBR1000RR Fireblades dalam skim warna baharu pada pusingan akhir kejuaraan World Superbike 2012 di Magny-Cours, Perancis yang berlangsung minggu ini (5 – 7 Oktober 2012).

Skim warna baharu untuk model komersial Fireblade 2013 itu telah diperkenalkan dalam minggu ini di pertunjukan Intermot 2012 di Cologne, Jerman. Pasukan CBR telah menggunakan warna grafik baharu itu bagi mempromosikannya kepada peminat Honda dan orang ramai.





Posted by Jobseekers

Paris Motor Show 2012 – Honda Civic 1.6 i-DTEC


Dipamerkan buat pertama kali di Paris Motor Show, Honda memperkenalkan enjin diesel 1.6 liter i-DTEC baharu di dalam model Civic hatchback. Merupakan enjin pertama di Eropah dalam siri ‘Earth Dreams Technology’, ia menggabungkan prestasi peneraju di dalam kelasnya (120PS) dengan emisi CO2 hanya 94 g/km.

Kunci utama kepada kejayaan enjin tersebut ialah penggunaan teknologi blok aluminium ‘open deck’ yang membantu mengurangkan berat enjin sehingga 58 kg berbanding enjin 2.2 liter i-DTEC, menjadikan ia sebagai enjin diesel paling ringan di dalam kelasnya.



Perwatakan ringan tersebut menyokong tahap pengendalian kereta yang tangkas, bersama-sama sistem pengecas turbo kompak berkecekapan tinggi, peningkatan tahap responsif dan memastikan kereta memberikan pulangan terbaik di antara prestasi dan ekonomi bahan api.


Sebagai tambahan, setiap komponen enjin telah dioptimumkan bagi mengurangkan geseran dalaman ke paras yang bersamaan seperti enjin petrol. Enjin diesel 1.6 liter i-DTEC (1,596cc) menghasilkan kuasa 120PS@4,000rpm dan tork maksimum 300Nm@2,000rpm, dengan tahap ekonomi (combined consumption) cemerlang 78.5 mpg.




Isnin, 8 Oktober 2012
Posted by Jobseekers

Penampilan pertama jentera perlumbaan Proton Preve R3

Halaman Facebook Proton MotorsportsR3 telah mendedahkan beberapa keping imej pertama jentera perlumbaan Proton Preve R3, yang ketika ini sedang dipamerkan di garaj R3 di Pit No. 22, Litar Antarabangsa Sepang, sempena berlangsungnya program Proton Green Mobility Challenge.

Bagi anda yang mempunyai masa lapang dan tinggal berdekatan Litar Sepang, jangan lepaskan peluang untuk melawat garaj R3 di sana bagi melihat dengan lebih dekat ‘R3 Proton Preve Race Car’, hadiah misteri menanti anda.





Kredit: Arena Kereta




Posted by Jobseekers

Kereta hibrid Proton di pasaran menjelang pertengahan 2014


Menurut sumber dari Bernama, Proton dijangka akan memasarkan kenderaan hibrid pertamanya di pasaran tempatan menjelang pertengahan 2014.

Pihak kerajaan dikatakan bersedia menyalurkan peruntukan sebanyak RM120 juta kepada Proton pada tahun depan bagi membiayai program pembangunan dan penyelidikan (R&D) mengenai teknologi hibrid.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam menjawab satu soalan di Dewan Rakyat, tahun ini sahaja Proton telah menerima peruntukan sebanyak RM100 juta untuk membangunkan kereta berteknologi hibrid dan eletrik.


Proton ketika ini sedang bekerjasama dengan syarikat Frazer-Nash Research (FNR) yang berpengkalan di UK dalam membangunkan teknologi hijaunya sendiri, memandangkan kerjasama dengan syarikat automotif lain menghadapi jalan buntu disebabkan masalah seperti hak intelek dan kos royalti yang tinggi.

Menyentuh mengenai model hibrid dan eletrik yang bakal dikomersialkan kelak pada 2014, berkemungkinan besar ialah model Proton Exora REEV dan Proton Saga EV yang menyertai pertandingan Brighton to London RAC Future Car Challenge 2011.




Hyundai bersedia untuk kembali ke WRC


Hyundai telah mengumumkan hasrat mereka untuk kembali ke perlumbaan FIA World Rally Championship (WRC), dan serentak dengan itu telah melancarkan jentera rali sebenar berasaskan model i20 baharu di Paris Motor Show 2012.

WRC merupakan salah satu siri permotoran rali paling sukar di dunia, dan jentera tersebut telah direka untuk mengatasi pelbagai halangan rupa bentuk bumi dan cuaca melampau yang dihadapi oleh setiap peserta.

Susulan daripada penarikan diri Hyundai dalam perlumbaan rali pada 2003, matlamat jangka panjang Hyundai ialah untuk menubuhkan pasukan WRC secara ‘in-house’ di Eropah dan membangunkan jentera rali berprestasi tinggi, di mana hasilnya ialah i20 WRC yang membuat kemunculan di Paris.


Mark Hall, Pengarah Pemasaran Hyundai Motor Europe memberikan komennya: “The World Rally Championship is recognised as one of the most dramatic sporting series on Earth.  It’s a spectacle filled with excitement and dynamism − the perfect embodiment of the Hyundai brand.

“The WRC also offers the most technologically-diverse challenge for an automotive manufacturer.  Our participation will demonstrate Hyundai’s engineering excellence and durability, and will also help to enhance our passenger vehicles in future.”

Hyundai mula menyertai WRC pada 1998, apabila ia bertanding dalam kelas F2 selama dua musim. Dalam tahun 1999, pasukan itu mengumumkan untuk melangkah ke kelas tertinggi pada tahun berikutnya, menggunakan jentera WRC berasaskan model Accent tiga pintu, yang bertanding sehingga tahun 2003.




Ahad, 7 Oktober 2012
Posted by Jobseekers

Gambar MESRA Emma Maembong Bersama??

Lakonan Emma Maembong dalam Drama Slot Akasia Kau Yang Terindah baru baru ini telah menonjolkan lagi bakat gadis yang berusia lingkungan 20an ini.. Emma juga kini mempunyai ramai peminat .. Jom tengok gambar gambar Emma Maembong bersama adik beradiknya .






 Ngan adik die


Fikiran positif sikit....^^
Posted by Jobseekers

Lawak Pecah Perut, Flight Tambang Murah (Video)

Dasar Flight Murah...hahahahahaha...


Posted by Jobseekers

Perfume

ads

Popular Post

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -