Posted by : Jobseekers Ahad, 7 Oktober 2012


Hyundai telah mengumumkan hasrat mereka untuk kembali ke perlumbaan FIA World Rally Championship (WRC), dan serentak dengan itu telah melancarkan jentera rali sebenar berasaskan model i20 baharu di Paris Motor Show 2012.

WRC merupakan salah satu siri permotoran rali paling sukar di dunia, dan jentera tersebut telah direka untuk mengatasi pelbagai halangan rupa bentuk bumi dan cuaca melampau yang dihadapi oleh setiap peserta.

Susulan daripada penarikan diri Hyundai dalam perlumbaan rali pada 2003, matlamat jangka panjang Hyundai ialah untuk menubuhkan pasukan WRC secara ‘in-house’ di Eropah dan membangunkan jentera rali berprestasi tinggi, di mana hasilnya ialah i20 WRC yang membuat kemunculan di Paris.


Mark Hall, Pengarah Pemasaran Hyundai Motor Europe memberikan komennya: “The World Rally Championship is recognised as one of the most dramatic sporting series on Earth.  It’s a spectacle filled with excitement and dynamism − the perfect embodiment of the Hyundai brand.

“The WRC also offers the most technologically-diverse challenge for an automotive manufacturer.  Our participation will demonstrate Hyundai’s engineering excellence and durability, and will also help to enhance our passenger vehicles in future.”

Hyundai mula menyertai WRC pada 1998, apabila ia bertanding dalam kelas F2 selama dua musim. Dalam tahun 1999, pasukan itu mengumumkan untuk melangkah ke kelas tertinggi pada tahun berikutnya, menggunakan jentera WRC berasaskan model Accent tiga pintu, yang bertanding sehingga tahun 2003.




Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -