Posted by : Jobseekers Jumaat, 19 Oktober 2012


 Dinamik yang dikenali dengan nama Modenas 125 telah dikeluarkan semula untuk jualan oleh Modenas tanpa sebarang promosi. Model tersebut dikeluarkan dalam jumlah terhad dan mendapat maklumbalas yang baik daripada ramai peminat motosikal moped di pasaran tempatan.

Terkini, Modenas dikatakan mengeluarkan kembali motosikal tersebut menggunakan nama asalnya – Modenas Dinamik. Antara ciri-ciri menarik Modenas Dinamik versi 2012/2013 ini ialah ia masih menggunakan enjin dua lejang 120cc yang dipadankan bersama transmisi 6 kelajuan, serta dilengkapi sistem suspensi belakang tunggal ‘monoshock’.

Selain rekabentuknya yang kekal ‘evergreen’ dan kelihatan agresif, ia turut dilengkapi klac tangan manual dan brek cakera di bahagian roda depan dan belakang. Harga yang ditawarkan menurut maklumat awal ialah RM5,749.00, boleh dikatakan kompetetif untuk sebuah motosikal moped dengan pelbagai ciri menarik seperti itu.


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -