Posted by : Jobseekers Selasa, 9 Oktober 2012


Mitsubishi baru-baru ini telah memperkenalkan model edisi terhad Mitsubishi ASX Euro, dengan penampilan eksklusif bumbung kaca panorama berwarna gelap. Antara ciri-ciri lain yang melengkapi model terbabit termasuklah kawalan audio di roda stereng, GPS dengan Bluetooth dan sambungan iPod, spoiler belakang bersaiz besar, tempat duduk pemandu dengan ciri pemboleh ubah 8-cara berkuasa, sensor lampu dan hujan automatik, elemen penggayaan bahagian belakang Euro dan ‘scuff plates’.

Mitsubishi ASX Euro tersedia dalam dua warna luaran – Putih Mutiara (White Pearl) dan Kelabu Titanium (Titanium Gray). Dikuasakan enjin MIVEC 2.0L dengan padanan transmisi INVECS III CVT dan ciri ‘Sports Mode’, ASX Euro hanya dikeluarkan dalam jumlah terhad 200 unit sahaja. Harga yang ditawarkan oleh Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) untuk pendaftaran individu di Semenanjung Malaysia ditetapkan sebanyak RM149,500.00


Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -