Posted by : Jobseekers Isnin, 8 Oktober 2012


Dipamerkan buat pertama kali di Paris Motor Show, Honda memperkenalkan enjin diesel 1.6 liter i-DTEC baharu di dalam model Civic hatchback. Merupakan enjin pertama di Eropah dalam siri ‘Earth Dreams Technology’, ia menggabungkan prestasi peneraju di dalam kelasnya (120PS) dengan emisi CO2 hanya 94 g/km.

Kunci utama kepada kejayaan enjin tersebut ialah penggunaan teknologi blok aluminium ‘open deck’ yang membantu mengurangkan berat enjin sehingga 58 kg berbanding enjin 2.2 liter i-DTEC, menjadikan ia sebagai enjin diesel paling ringan di dalam kelasnya.



Perwatakan ringan tersebut menyokong tahap pengendalian kereta yang tangkas, bersama-sama sistem pengecas turbo kompak berkecekapan tinggi, peningkatan tahap responsif dan memastikan kereta memberikan pulangan terbaik di antara prestasi dan ekonomi bahan api.


Sebagai tambahan, setiap komponen enjin telah dioptimumkan bagi mengurangkan geseran dalaman ke paras yang bersamaan seperti enjin petrol. Enjin diesel 1.6 liter i-DTEC (1,596cc) menghasilkan kuasa 120PS@4,000rpm dan tork maksimum 300Nm@2,000rpm, dengan tahap ekonomi (combined consumption) cemerlang 78.5 mpg.




Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -