Posted by : Jobseekers Jumaat, 5 Oktober 2012

(Video) Pelakon Diana Amir Sah Bertunang Dengan Ustaz | Kalau sudah namanya artis perkara nikah atau tunang sebegini walaupun tidak mahu dihebahkan pasti akan sampai juga ke telinga peminat.


Ramailah lelaki di luar sana kecewa apabila pelakon Diana Amir kini dilaporkan sudah bertunang. Bukan calang-calang lelaki yang menjadi tunangan pelakon ini kerana didedahkan beliau adalah seorang ustaz. #Alhamdulillah.



Menurut blog Rotikaya, gambar Diana Amir dan tunangnya sedang memotong kek bersama didedahkan dalam rancangan hiburan, Galaksi. Walaubagaimanapun, identiti tunang Diana Amir dan berapa lama tempoh pertunangan mereka sebelum diijabkabulkan masih lagi dirahsiakan.


Selain itu, Diana Amir turut memberitahu yang majlis tunang ini sengaja dia senyapkan dan akan memberitahu kepada umum apabila mereka mempunyai tarikh untuk berkahwin nanti.

Tahniah buat Diana Amir dan pasangan. Semoga jejaka tampan ini merupakan imam yang dicari Diana Amir selama ini.

Kemas kini: Terdapat sedikit pembetulan, di mana tunang Diana Amir merupakan seorang pensyarah dan bukannya seorang ustaz seperti yang di gembar-gemburkan sebelum ini. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh pergi ke SINI.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -