Posted by : Jobseekers Isnin, 8 Oktober 2012


Menurut sumber dari Bernama, Proton dijangka akan memasarkan kenderaan hibrid pertamanya di pasaran tempatan menjelang pertengahan 2014.

Pihak kerajaan dikatakan bersedia menyalurkan peruntukan sebanyak RM120 juta kepada Proton pada tahun depan bagi membiayai program pembangunan dan penyelidikan (R&D) mengenai teknologi hibrid.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam menjawab satu soalan di Dewan Rakyat, tahun ini sahaja Proton telah menerima peruntukan sebanyak RM100 juta untuk membangunkan kereta berteknologi hibrid dan eletrik.


Proton ketika ini sedang bekerjasama dengan syarikat Frazer-Nash Research (FNR) yang berpengkalan di UK dalam membangunkan teknologi hijaunya sendiri, memandangkan kerjasama dengan syarikat automotif lain menghadapi jalan buntu disebabkan masalah seperti hak intelek dan kos royalti yang tinggi.

Menyentuh mengenai model hibrid dan eletrik yang bakal dikomersialkan kelak pada 2014, berkemungkinan besar ialah model Proton Exora REEV dan Proton Saga EV yang menyertai pertandingan Brighton to London RAC Future Car Challenge 2011.




Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -