Posted by : Jobseekers Jumaat, 19 Oktober 2012


Ada pendapat yang mengatakan adalah mustahil untuk Nissan mengeluarkan sebuah model kacukan di antara Juke dan GT-R, memandangkan kedua-duanya mempunyai reputasi dan reka bentuk yang begitu jauh berbeza.

Tetapi kini impian Nissan yang bermula daripada sebuah model konsep (rujuk di sini) sudah terbukti boleh dilakukan dan menutup mulut pengkritiknya, dengan pengumuman versi pengeluaran pertama Juke-R bernombor #001 siap sedia dihantar kepada pelanggan.

Setakat ini Nissan Juke-R versi pengeluaran telah pun siap dibangunkan dan diuji dilitar, serta turut membuat kemunculan eksklusif di dalam permainan video terbaru Gameloft Asphalt 7: Heat, bersama-sama sebuah lagi model Juke NISMO yang tidak kurang hebatnya.


Nissan Juke-R menggunakan sistem ‘drivetrain’ dan suspensi daripada supercar GT-R, serta penambahan ‘roll-cage’ mengikut spesifikasi FIA. Versi produksinya menghasilkan kuasa 545bhp daripada enjin 3.8 liter ‘turbocharged’, dengan kemampuan mengujakan 0 ke 100 km/j dalam tempoh kira-kira 3.0 saat dan kelajuan maksimum 275 km/j.

Dibangunkan oleh ramai tenaga kerja mahir daripada NTC-E (Nissan Technical Centre Europe), Nissan Juke-R versi produksi itu juga mengalami peningkatan daripada segi penampilan keseluruhan, terima kasih kepada pakar-pakar di Nissan Design Europe yang berpusat di London, UK.


Nissan Juke-R dengan nombor #001 kini sedang dalam perjalanan kepada pemilik pertamanya, sementara model #002 akan siap dibangunkan tidak lama lagi. Harga sebenar model ‘super-exclusive’ Juke-R bergantung kepada spesifikasi yang dimahukan oleh pembeli.

Memandangkan tidak semua mampu memiliki Juke-R yang hanya akan dikeluarkan dalam jumlah terhad, semangat pemanduan yang sama daripada model tersebut masih boleh dimiliki melalui model Juke NISMO, yang mana ianya akan mula dijual di pasaran Eropah pada awal 2013.





Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -