Posted by : Jobseekers Rabu, 3 Oktober 2012




LONDON – Isteri Putera William, Catherine Middleton sedih apabila mendapat berita kematian pesakit leukemia, Zakwan Anuar, 15, hari ini selepas melawatnya ketika kunjungan ke Malaysia, baru-baru ini.

Dalam pertemuan itu, Kate menurunkan tandatangan pada kad hari jadi Zakwan dan menyifatkan beliau seorang yang berani dan tampan. Kate mengetahui berhubung kematian Zakwan selepas ibunya, Norizan Sulong menghubungi akhbar United Kingdom, The Sun.

Jurucakap Istana St James berkata, pasangan diraja Britain itu sedih selepas mendapat berita kematian Zakwan dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarganya.
Sementara itu, Norizan berkata, kesemua ahli keluarga berada di sisi Zakwan sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.

“Zakwan dikelilingi abang, kakak, bapa, datuk, nenek dan rakan sekolahnya. Kami amat merinduinya,” katanya di Kuala Lumpur, hari ini.

Doktor yang merawat Zakwan menjangkakan beliau hanya mampu hidup untuk tempoh 48 jam sebelum ini.

Bagaimanapun, selepas bertemu dengan Kate untuk tempoh 15 minit, ia memberikan kekuatan kepada Zakwan untuk bertarung selama lebih dua minggu sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Perfume

ads

Popular Post

Blog Archive

Jangzintthereds. Dikuasakan oleh Blogger.

Pengikut

Pingster

Search Here

- Copyright © Havocder -Metrominimalist- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -